Fernandinho: “Liverpool Pasukan Bermain Long Ball, Kami Harus Cari Penyelesaian”

Beberapa hari lalu Danilo menuduh Manchester United ‘merampas’ kemenangan mereka dengan bermain ‘long ball’.

Kali ini giliran Fernandinho pula melabel Liverpool sebagai pasukan yang bermain dengan taktik serupa dan membuatkan Man. City kalah 3-0 di Anfield. Satu kenyataan yang agak pelik kepada pasukan Jurgen Klopp.

Menjelang perlawanan kedua di Etihad hari ini, Fernandinho sedar akan kedudukan agregate 3-0 bukan sesuatu yang mudah untuk dikejar Manchester City.

Sudah 2 kali skuad Jurgen Klopp menewaskan Manchester City musim ini. Skuad Pep Guardiola menderita 2 kekalahn berturut-turut dengan 3 bolos dalam setiap perlawanan.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang media sebelum perlawanan, Fernandinho berkata:

“Mereka dalah pasukan yang gemar bermain hantaran lambung. Mereka akan cuba mengekalkan pemain-pemain mereka di tengah.”

“Kami berharap akan dapat menyelesaikan masalah kami berhadapan dengan taktik ‘long ball’ mereka terutama sekali pada 10-15 minit awal.”

“Minggu yang sukar untuk kami. 2 kekalahan dalam seminggu. Itu sudah berlalu.”

“Fokus kami adalah untuk perlawanan timbal balik ke-2 menentang Liverpool. Cara terbaik untuk bermain bola sepak yang cantik adalah dengan bersikap positif.”

“Sekarang adalah masa untuk para pemain untuk mengambil tanggungawab. Sudah pastinya 2 kekalahan itu sukar tetapi ia boleh berlaku kepada pasukan yang terbaik di dunia sekalipun.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN