Quantcast

KAJIAN & FAKTA

5 Perkara Daripada Kekalahan Harimau Selatan 4-0 Di Tangan Persija

JDT tewas 4-0 di di tangan Persija Jakarta dalam perlawanan ke-5 peringkat kumpulan Piala AFC. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.

1. Disiplin pemain JDT

Ada 2 disiplin yang akan kami tekankan. Pertamanya disiplin individu. JDT jelas hilang fokus dalam banyak situasi dalam perlawanan ini.

Banyak terjahan faul dilakukan kerana kesilapan sebelum itu. Adam Nor Azlin dibuang padang pada babak akhir perlawanan. Azrif Nasrulhaq cuba bermain fancy ketika ditekan di kawasan bahaya. Beliau hilang bola dan melakukan terjahan yang membawa kepada penalti.

Kedua adalah disiplin secara taktikal berpasukan. Dari awal sehingga akhir, mereka terlalu banyak bocor ketika diserang balas dan gagal untuk melaksanakan serangan dengan lebih baik.

Mereka memulakan perlawanan ini dengan cara yang ‘salah’ dan mengakhirinya dengan ketidakupayaan untuk memperbaiki kerosakan.

2. Rantaian lemah di kiri 

3 kali Fazly Mazlan didedahkan dengan ancaman daripada Riko pada awal perlawanan. Untuk kali ke-4, pemain sayap Persija itu mencipta gol sulung untuk Marko Simic.

2 daripada 3 gol awal Persija adalah daripada ciptaan peluang dari sebelah kiri JDT. Pada separuh masa kedua, Raul Longhi terus menukar Fazly Mazlan dengan Azrif Nasrulhaq.

3. Taktikal dan pemilihan pemain Longhi

Mengejutkan apabila JDT bermain dengan sistem bek bertiga dalam 3-4-3. Seterusnya, dalam perlawanan yang mereka harus menang beliau melakukan rotasi major dalam pasukan.

Isu jelas adalah, setiap pasukan berhadapan dengan risiko nak dapat rentak dan ketajaman pemain apabila terlalu ramai pemain pilihan ke-2 dan ke-3 di dalam pasukan.

Dalam analisis perlawanan, Shebby Singh menyatakan, JDT tak tahu cara bermain bek bertiga. Mereka tiada sweeper.

Pada separuh masa kedua, beliau melakukan pertukaran awal dan mengekalkan sistem bek bertiga dengan rantaian berlima apabila bertahan. Pertukaran yang tidak memberikan impak besar.

Longhi tidak mampu berbuat apa-apa melihat ancaman daripada Persija di wide area dengan banyak sekali blind side run terlepas daripada pertahanan.

JDT berhadapan dengan isu tak terurus, ‘disjointed’, tiada kreativiti dan confusion yang kritikal dalam usaha pemain bermain dalam formasi dan taktikal Longhi hari ini.

4. Marko Simic

4 gol pada hari ini. Beliau menjadi ancaman terbesar JDT di dalam kotak bahaya. Beliau adalah pemain ‘memiliki’ perlawanan ini di kakinya.

Hatrik dalam tempoh 19 minit memberikan kerosakan (damage) kepada JDT. Beliau menyempurnakan kesemua 3 percubaan tepat awal beliau dan ia juga 3 percubaan tepat Persija untuk separuh masa pertama. 4 daripada 5 percubaan tepat Persija adalah disudahkan oleh Simic.

Raul Longhi tiada pelan untuk meneutralkan ancaman beliau. Dengan Hariss Harun yang kerap terpinga-pinga apa yang harus dilakukan dalam bek bertiga.

Pada separuh masa kedua beliau menyempurnakan quadruple dengan gol menerusi sepakan penalti.

5. Persija mengawal nasib mereka sendiri

Persija akan mengawal nasib mereka sendiri dalam kempen kali ini menjelang perlawanan terakhir. Mereka ada perbezaan jaringan yang sangat baik dan JDT pula dengan -2.

JDT perlu cuba mendapatkan slot naib juara kumpulan terbaik untuk mara. Ianya bukan mudah dan mereka perlu berhadapan dengan Song Lam Nghe An pada perlawanan ke-6.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!