Danilo:”Man. United Rampas Kemenangan Kami Dengan ‘Long Ball’ Memanjang”

Danilo ternyata kecewa dengan kekalahan di tangan Manchester United. Bukan itu sahaja, pemain ini turut menyindir Manchester United merampas kemenangan daripada Manchester City dengan taktik ‘long ball’.

Manchester City tampil dengan penuh keyakinan dalam perlawanan ini dengan kali terakhir mereka tewas dalam EPL adalah di tangan Liverpool pada 15 Januari lalu.

Jika menang, Manchester City akan meraikan kejuaraan liga di hadapan penyokong mereka dan pasukan Manchester United.

Segalanya nampak baik dan sempurna. Man. City menamatkan separuh masa pertama dengan dominasi dan skor 2-0. Mereka mungkin boleh menjaringkan 5 gol pada separuh masa pertama jika lebih tajam. Sterling terlepas 2 peluang terhidang.

Namun segalanya berubah pada separuh masa kedua apabila Paul Pogba menjaringkan 2 gol awal selepas rehat. Smalling menambah satu lagi gol untuk memberikan kemenangan kepada United dan merosakkan program keraian Man. City.

Manchester United

Ini adalah kali pertama mereka tewas dalam perlawanan yang mereka mendahului dengan 2 gol selepas Oktober 2008 di tangan Liverpool.

Kenyataan rasmi Danilo selepas perlawanan di laman rasmi Man. City adalah berbunyi:

“Rasa sedih dan tak puas hati dengan kekalahan hari ini kerana kita bermain sangat baik.”

“Kita kalah bukan kerana kita mensia-siakan peluang ataupun gagal bertahan ketika bola hantaran lintang, sukar untuk saya jelaskan, yang pasti sekarang ini kita harus fokus kepada perlawanan Selasa ini.”

“Saya boleh katakan ada banyak alasan kita tak menang hari ini. Akhirnya, mereka menjaringkan 3 gol dan kita cuma 2. Itulah yang dikira.”

“Kita menang sama-sama dan kalah sama-sama. Jika anda menganalisis perlawanan ini, anda akan dapati kita mengawal perlawanan dan menguasi bola.”

“Mereka hanya menggunakan taktik bola lambung untuk mendapatkan 3 gol.”

“Kita bermain dengan cara yang sama untuk satu musim ini, kita kekalkan aksi kita, tetapi hari ini ianya tidak menjadi.”

“Kita harus fokus kepada kesilapan kita untuk diperbaiki. Namun kita jangan lupa apa yang telah kita lakukan sepanjang musim ini.”

Danilo turut memuji penyokong yang bersorak untuk pasukan mereka dalam perlawanan tersebut.

“Kita harus berterima kasih kepada semua penyokong. Mereka luar biasa hari ini dan banyak sekali membantu kami sepanjang musim.”

“Jika para penyokong memberikan sokongan yang seperti ini sekali lagi, ia akan sangat membantu kita untuk bangkit menentang Liverpool.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN