Real Madrid Sedia Belanja Besar Dapatkan Khidmat Mohamed Salah

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bersiap sedia dengan tawaran lumayan untuk mendapatkan bintang Liverpool, Mohamed Salah pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Los Blancos dikatakan bersedia melakukan rombakan besar-besaran musim depan dan meletakkan pemain kebangsaan Mesir itu sabagai sasaran utamanya.

Untuk itu, Real tidak berfikir panjang untuk menawarkan RM237,975,975 (€50 juta) berserta dengan pemain tengahnya, Isco kepada Liverpool.

Selain itu, mereka juga dikatakan bersedia dengan kontrak gergasi bernilai RM118,987,987 (€25 juta) semusim kepada Salah.

Salah menjadi sasaran utama kelab kendalian Zinedine Zidane itu selepas menunjukkan prestasi mengagumkan dengan menjaringkan 29 gol daripada 31 penampilan Liga Perdana Inggeris.

Bintang berusia 25 tahun itu turut beraksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dengan menjaringkan tujuh gol daripada 9 penampilan.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Florentino Perez dilihat cuba membentuk era baru Galatico di Real Madrid. Sudah lama Real Madrid tidak berbelanja besar dalam perpindahan pemain.

Prestasi yang cemerlang bersama Liverpool ketika ini membuatkan nama Mohamed Salah menjadi perhatian beberapa kelab gergasi di Eropah.

Real Madrid antara pasukan yang tertarik untuk membawa pemain kelahiran Mesir ini ke Santiago Bernabue.

Selain Neymar, Salah juga menjadi sasaran utama Los Blancos untuk memperkuatkan jentera pasukan yang kini diketahui sedang bergelut dibawah kendalian Zinedine Zidane.

Salah yang ditemui media menjawab spekulasi beliau bersama Real Madrid selepas dirinya ditujukan beberapa soalan mengenai berita tersebut.

Salah berkata: ” Saya mengikuti La Liga dan turut menonton beberapa perlawanan pasukan. La Liga sebuah liga yang bagus, banyak pasukan-pasukan hebat disana dan cara corak pemainan disana amat kreatif.”

“Ketika ini, saya bersama Liverpool dan saya ingin menumpukan perhatian sepenuhnya bersama pasukan. Impian saya adalah mengakhiri musim ini dengan baik dan cemerlang di Anfield.” ujarnya.

Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2017 itu juga turut menolak andaian mengenai spekulasi berkaitan beliau bersama Real Madrid.

“Saya tidak banyak berkata tentang hal ini. Saya hanya boleh katakan, saya bahagia di Liverpool ketika ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN