Felda United Tarik Diri Dari Liga M Bermula Musim Depan

Felda United FC

Selepas diselebungi beberapa isu termasuk konflik dalaman, Felda United pada hari ini mengumumkan pasukan tersebut tidak akan menyertai Liga Super mahupun Liga Premier pada musim depan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menuatakan pihaknya telah membuat pengambilalihan penuh pentadbiran dan pengurusan Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC) dan anak syarikatnya, The Fighters Sdn Bhd bermula 1 September 2020 seperti yang telah dipersetujui menerusi Mesyuarat Lembaga FELDA.

“Tujuan utama pengambilalihan oleh FELDA adalah bagi mengawal perbelanjagaan serta memastikan penyelarasan program-program sukan yang dirancang serta dilaksanakan lebih patuh kepada garis panduan pengurusan pentadbiran, prosedur perolehan, pengurusan kewangan serta penilaian risiko,” jelas kenyataan tersebut.

Berkaitan isu 16 orang kakitangan FUFC yang ditamakan perkhidmatan, FELDA memaklumkan semua individu tersebut akan dibayar pampasan penamatan perkhidmatan mengikut syarat-syarat pelantikan yang telah dipersetujui oleh pengurusan FUFC yang baharu.

“FELDA juga ingin memberi maklum balas berkenaan beberapa laporan media berkaitan kejadian pecah masuk ke premis pejabat FUFC. FELDA menegaskan bahawa selepas pengambilalihan pada 1 September 2020, FELDA mempunyai hak dan akses penuh kepada pejabat tersebut lantas menafikan sebarang tuduhan pecah masuk.

“Pegawai yang hadir juga diiringi oleh Polis Bantuan FGV Security Sdn Bhd. Berikutan itu, FELDA telah membuat satu laporan polis bagi melindungi kepentingannya dan FELDA tidak akan memberikan respons awal berkenaan isu ini bagi tidak mengganggu siasatan pois dan juga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap FUFC.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN