Pejabat Felda United Dipecah Masuk, Dokumen Siasatan SPRM ‘Lesap’

Pejabat Felda United

Disebalik berita mengenai kegagalan Felda United dalam melengkapkan proses penswastaan kelab sehingga tarikh akhir yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), rupa-rupanya telah berlaku pergolakan di peringkat dalaman pasukan tersebut.

Maka tidak hairanlah masalah tersebut telah memberi kesan kepada prestasi Felda United dalam saingan Liga Super. Skuad kendalian Nidzam Jamil itu bergelut sejak liga bersambung bermula awal September lalu. Ini walaupun Felda United telah mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan pada awal musim.

Konflik dalaman ini bermula apabila semua kakitangan pengurusan telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa 1 September – tarikh pengambilalihan urus tadbir Felda United oleh Unit Pembangunan Komuniti FELDA.

Apa yang menyedihkan adalah semua 16 orang kakitangan tersebut hanya dimaklumkan mengenai pemecatan mereka pada 15 September. Tiada sebarang hitam putih dikeluarkan pada peringkat awal.

Pejabat Felda United (terletak di Tingkat 5 Institut Semarak Felda, ISEF) serta semua aset yang disewa oleh Felda United daripada FELDA telah dirantai dan disekat aksesnya oleh pihak pengurusan FELDA sendiri bermula pada minggu lepas.

Namun berita baharu yang diterima adalah mengenai kejadian ‘pecah masuk’ pejabat Felda United oleh ‘orang dalam’ sendiri. Difahamkan terdapat beberapa fail atau dokumen yang diperlukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes yang berlaku pada 2014 hingga 2018 telah ‘dibawa lari’.

Dua orang pegawai SPRM yang hadir ke pejabat tersebut untuk mendapatkan dokumen bagi membantu siasatan telah melihat sendiri pintu pejabat telah diumpil, CCTV dimatikan, siling bilik kewangan pecah dan beberapa fail yang mengandungi dokumen penting telah hilang.

Menurut sumber dari pengawal keselamatan, terdapat lima orang individu yang terdiri daripada ‘orang dalam’ sendiri bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. Juga terdapat satu gambar yang menunjukkan salah seorang daripada mereka membawa satu kotak yang berisi fail-fail yang diambil daripada pejabat tersebut.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda berhubung kes ini. Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dijangka akan memanggil individu-individu yang terlibat untuk membantu siasatan pada Ahad .

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Felda United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN