Favre Pasrah Jika Sancho, Hakimi Tinggalkan Dortmund

Sancho Hakimi

Ketua Jurulatih Borussia Dortmund, Lucian Favre mengakui Jadon Sancho dan Achraf Hakimi merupakan watak penting dalam pasukannya, tetapi beliau tidak dapat memberi jaminan kedua-dua pemain itu akan terus kekal untuk musim depan.

Masa depan Sancho di Signal Iduna Park menjadi persoalan kerana telah sekian lama dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.

Kontrak pinjaman Hakimi dari Real Madrid pula akan tamat tidak lama lagi dan Dortmund masih belum memutuskan sama ada mahu mengikat pemain antarabangsa Maghribi itu secara tetap atau pun tidak.

https://twitter.com/AfcAhmed17/status/1272730548411281410?s=20

Sekalipun pandemik yang berlaku memberi impak kewangan yang besar kepada kelab-kelab Eropah, tidak dapat dipastikan adalah Dortmund mampu untuk mengekalkan Sancho dan Hakimi.

“Kita akan tahun selepas tamat saingan musim ini. Sudah tentu akan ada pemain yang akan pergi. Memang kita berharap pemain akan terus kekal, tetapi kebarangkalian untuk mereka pergi tetap ada,” kata Favre kepada Bein Sports.

“Kamu bertanya saya mengenai dua pemain tersebut [Hakimi dan Sancho] yang kita pun tak tahu masa depan mereka. Sudah tentu kami mahu kedua-dua mereka kekal di sini, ia baik untuk saya. Tetapi kita akan tunggu dan lihat sahajalah apa yang berlaku selepas ini.”

Dalam perkembangan lain, Favre berkata beliau bersedia untuk mengucapkan tahniah kepada Hansi Flick yang semakin hampir untuk membawa Bayern Munich mengecapi kejayaan merangkul kejuaraan domestik buat kali kelapan berturut-turut.

Tetapi beliau mengakui masih tidak dapat melupakan kejadian tidak diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Jerome Boateng ketika pasukannya tewas 1-0 kepada Bayern dalam pertemuan bulan lepas.

“Saya gembira untuk rakan sejawat saya di Bayern. Dia melakukan tugasannya dengan baik. Saya mengucapkan tahniah kepadanya. Tetapi saya masih tak dapat lupakan perlawanan menentang Bayern tempoh hari.

“Ia jelas kami sepatutnya diberikan penalti pada minit ke-60 [apabila percubaan Erling Haaland terkena tangan Boateng]. Keputusan mungkin boleh berubah selepas itu. 

“Tetapi saya tetap perlu akui Bayern memang pasukan terbaik ketika ini.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jadon Sancho dan Achraf Hakimi:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN