Achraf Hakimi Idam Kembali Perkuatkan Real Madrid

Achraf Hakimi

Pemain pertahanan Borussia Dortmund, Achraf Hakimi yang dipinjamkan dari Real Madrid mendedahkan bahawa beliau sememangnya menyimpan impian besar untuk kembali beraksi bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Hakimi yang sudah dua musim dipinjamkan ke Borussia Dortmund pernah melakukan sembilan penampilan serta menjaringkan dua gol dalam kempen La Liga pada musim 2017/18.

Kejayaan Real Madrid menjuarai saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Liverpool pada musim tersebut juga menjadikan Hakimi sebagai pemain Maghribi pertama yang muncul pemenang kejohanan berprestij di Eropah itu.

Meskipun beliau kini begitu cemerlang dalam menjadi antara tunjang kekuatan buat kelab tangga kedua Bundesliga itu, Real Madrid tetap menjadi keutamaan buatnya pada masa hadapan. Perkara itu disahkan sendiri oleh ejennya, Alejandro Camano.

”Dia akan kembali berhubung bersama Real Madrid apabila musim ini berakhir. Kita akan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.”

Embed from Getty Images

”Dia mahu beraksi, seperti musim ini, di mana dia telah bermula pada setiap perlawanan,” ujar Camano menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Tidak perlu untuk terburu-buru. Aspirasinya adalah hanya untuk bermain dalam membantu perkembangan kariernya.”

”Terdapat perbincangan yang luar biasa bersama Real Madrid dan mereka sentiasa mengharapkan dia akan berada dalam radar pasukan dan apa yang kami tidak mahu lakukan adalah terlalu menjauhkan diri dari mereka.”

”Jadi, kami akan mencapai persetujuan sama ada dia kekal atau pergi, tetapi tanpa melupakan bahawa sasarannya untuk beraksi bersama Real Madrid pada satu hari kerana baginya, ia [Real Madrid] ialah pasukan terbaik di dunia.”

”Ia boleh menjadi penantian yang singkat sekiranya Real Madrid menawarkannya untuk kekal pada ketika ini sesuatu yang panjang jika dia tidak kekal, tetapi matlamatnya tetap sama – di akhirnya untuk beraksi buat kelab terbaik di dunia,” tambah Camano lagi.

Kredit featured image: Alexandre Simoes/Borussia Dortmund via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Achraf Hakimi:

Leave a Reply