FAS Kecewa Tuduhan Tak Berasas Antonio German

Semalam kami membawakan laporan daripada BBC tentang dakwaan Antonio German, yang menyatakan kontrak beliau di Selangor terpaksa ditamatkan kerana isu warna kulit.

German mendedahkan sebab beliau hanya beraksi tiga perlawanan sebelum meninggalkan skuad Red Giants pada awal musim lalu adalah kerana warna kulit beliau yang gelap.

Pemain berasal dari London berusia 27 tahun itu menyertai Selangor pada Januari, tetapi terpaksa meninggalkan kelab tersebut pada bulan berikutnya.

Setiausaha Agung FAS, Johan Kamal memberitahu Goal bahawa pemain itu tidak disingkirkan kerana isu warna kulit seperti yang didakwa.

“Kami mahu menegaskan bahawa penamatan kontrak Antonio German, tiada langsung didorong oleh isu perkauman.”

“Beliau dilepaskan atas sebab pasukan perlukan pengganti yang menepati corak permainan dan dapat meningkatkan prestasi pasukan.

Seorang lagi pemain Selangor yang berkulit hitam, Ifedayo Olusegun, menyatakan beliau tidak pernah mengalami tekanan yang bersifat perkauman daripada pengurusan mahupun penyokong.

Malah Ifedayo sentiasa merasakan persekitaran di Selangor sentiasa memberikan sokongan kepada para pemain.

Tinjauan kami di media sosial mendapati ramai penyokong Selangor yang kecewa dengan tuduhan Antonio German yang telah memburukkan imej pasukan Gergasi Merah.

Malah di Selangor sendiri ramai pemain berkulit hitam yang sudah berbakti dengan pasukan tersebut dan menjadi pujaan para peminat Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN