Sathianathan: “Selangor Bermain Profesional Dan Dominan”

Pengendali Selangor, B. Sathianathan berpuas hati dengan persembahan para pemain beliau dalam aksi menentang Felda United semalam.

Selangor menang 2-0 di Jengka berhadapan dengan Felda United dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019.

Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Ifedayo dan Khyril Muhymeen.

Kemenangan yang telah memastikan Selangor menjadi juara kumpulan D. Selangor mengutip 10 mata dengan tanpa sebarang kekalahan selepas 6 perlawanan.

Selangor menempah tempah di suku akhir menentang Perak, antara seteru tradisi mereka.

Felda United pula terpaksa menerima nasib tersingkir awal daripada persaingan musim ini.

Bercakap kepada MFL selepas tamat perlawnana, Sathianathan berkata: “Kita bermain secara profesional.”

“Mungkin 10 minit yang pertama kita bermain secara agak tak terurus. Tetapi kita tahu Felda [United] akan keluar [memberikan tentangan]. Namun budak [pada pemain] telah bermain dengan berdisiplin dalam posisi mereka.”

“Dan selepas itu kita mengawal perlawanan. Mungkin Felda United ada dalam 2 percubaan. Selain daripada itu, kita mengawal perlawanan dan memiliki banyak peluang.”

Selangor akan meneruskan misi mengejar Piala Malaysia ke-34 di dalam sejarah pasukan mereka.

Selangor pastinya berimpian mahu menamatkan saingan musim ini dengan sekurang-kurangnya 1 piala domestik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN