BBC Dedahkan Antonio German Terpaksa Tinggalkan Selangor Kerana Perbezaan Warna Kulit

Bekas pemain Selangor, Antonio German tampil menjelaskan mengapa beliau terpaksa meninggalkan Selangor FA dalam satu artikel yang diterbitkan oleh BBC semalam.

Tajuk artikel tersebut, Antonio German: Bekas Penyerang QPR Dakwa Sikap Perkauman Paksa Beliau Berhenti Beraksi Bersama Kelab Malaysia – mendedahkan sebab beliau hanya beraksi tiga perlawanan sebelum meninggalkan skuad Red Giants pada awal musim lalu adalah kerana warna kulit beliau yang gelap.

Pemain berasal dari London berusia 27 tahun itu menyertai Selangor pada Januari, tetapi terpaksa meninggalkan kelab tersebut pada bulan berikutnya.

Selepas sering kali di-boo ketika perlawanan, beliau juga menerima mesej berbaur perkauman melalui Instagram.

Pihak pengurusan Selangor dikatakan maklum mengenai tindakan penyokong mereka terhadap German, dan turut mengambil langkah menyekat penyokong yang sering kali melakukan komen pekauman di rangkaian media sosial milik persatuan itu.

Tahap kesedaran mengenai isu perkauman di dalam bola sepak di Malaysia bukan perkara baharu. Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan turut mendakwa pernah dicemuh secara perkauman.

 

HE HAS ARRIVED

Sukacita diumumkan bahawa Antonio German kini sah bergelar pemain terbaru import Selangor untuk musim 2019.

Hantarkan ucapan anda kepada Antonio di ruangan komen dengan #AntonioGermanIsRed dan #SayWhatYouWant.

Baca sepenuhnya di sini: https://redgiants.faselangor.my/antoisred/

#RedGiants

Ikuti perkembangan kami di aplikasi media sosial yang lain!

Instagram: https://www.instagram.com/faselangormy/
Twitter: https://twitter.com/FASelangorMy

—————

We’re pleased to announce latest addition to Selangor, our new import player, Antonio German.

Send your welcome wish to Antonio in the comment section with #AntonioGermanIsRed.

Read full story here: https://redgiants.faselangor.my/antoisred/

#RedGiants

Follow us on other social media apps!

Instagram: https://www.instagram.com/faselangormy/
Twitter: https://twitter.com/FASelangorMy

Posted by FA Selangor on Sunday, January 13, 2019

German adalah pemain antarabangsa Grenada, dan pernah beraksi bersama kelab-kelab di Scotland, England, dan juga India.

Ketika pra musim, beliau cemerlang apabila menjaringkan lapan gol dari 10 perlawanan di pra musim, dan turut menjaringkan gol dalam perlawanan pertama Selangor.

Namun ia tidak cukup untuk mengelakkan beliau menjadi mangsa cemuhan penyokong – selepas prestasi tidak menentu skuad Red Giants pada awal musim – dan menerima mesej berbaur perkauman dari segelintir minoriti penyokong Selangor.

“Apabila saya menyedari mesej berkaitan warna kulit saya, ia sukar dipercayai – ia sesuatu yang mengejutkan,” ujar beliau kepada BBC Sport.

“Saya telah beraksi di beberapa negara, namun tidak pernah melalui isu perkauman seperti ini.

“Selepas perlawanan ketiga, saya masih beraksi baik walaupun tidak menjaringkan gol sebelum dikeluarkan selepas 80 minit perlawanan. Selepas itu saya dimaklumkan [oleh pengurusan] ia adalah lebih baik untuk saya pergi, demi keselamatan diri.

“Saya cuma berfikir, ‘mengapa saya perlu dihukum kerana sikap sebahagian penyokong?’ Namun akhirnya saya memilih untuk pergi [meninggalkan Selangor].”

German pernah beraksi bersama bintang Manchester City, Raheem Sterling ketika kedua-dua pemain beraksi bersama skuad remaja QPR.

Kini tanpa kelab, German risau apa yang berlaku di Selangor menyebabkan ianya sukar untuk beliau mendapatkan kelab baharu.

“Saya berusia 27, berada pada tahap terbaik dan sepaturnya beraksi perlawanan demi perlawanan,” tambah beliau yang menjaringkan gol pertama anatarbangsa pada Mac lalu.

“Apabila ada kelab melihat saya meninggalkan Selangor, mereka tidak tahu kisah sebenar di sebaliknya.

“Saya sayangkan Malaysia, ia negara yang hebat. Kebanyakkan penyokong bola sepak di sana amat hebat – cuma ia menyedihkan apabila sebab sebegitu [perkauman] menyebabkan karier saya terbantut.

Selangor FA tidak pernah berkompromi dengan isu perkauman dan sentiasa menyokong sebarang bentuk kempen anti-perkauman di negara ini.

Namun jurucakap dari Selangor yang tidak dinamakan oleh BBC menjelaskan German menjadi sasaran kerana apa yang ditampilkan pemain itu di atas padang tidak mencukupi – dari perspektif penyokong.

Walaupun sudah menyekat penyokong yang bertindak sedemikian daripada platform media sosial mereka, pihak persatuan mengakui mereka gagal menghukum penyokong yang bertindak sedemikian di dalam stadium kerana kekurangan bukti.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN