Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dilaporkan akan mengumumkan Ketua Jurulatih baharu skuad kebangsaan negara itu dalam masa terdekat.
The Lions atau pun skuad Singa tidak mempunyai ketua jurulatih secara tetap sejak peletakan jawatan Tatsuma Yoshida pada Disember lalu.
Yoshida meletakkan jawatan selaku ketua jurularih skuad kebangsaan Singapura selepas pasukan itu gagal melepasi peringkat separuh akhir Piala AFF 2020 yang berlangsung di negara itu.
Bagaimana pun jurulatih berusia 47 tahun itu memberikan alasan terpaksa melepaskan peranan kerana enggan berjauhan daripada keluarganya di Jepun – walaupun sebenarnya masih memiliki kontrak sehingga penghujung tahun ini.
Terus pandang ke Jepun
Selepas dikendalikan secara sementara oleh Nazri Nasir untuk menghadapi kejohanan FAS Tri Nations pada Mac lalu, FAS akhirnya memutuskan untuk melantik ketua jurulatih Albirex Niigata, Kazuaki Yoshinaga sebagai pengendali baharu The Lions.
Perkhabaran mengenai pelantikan Yoshinaga sebenarnya sudah mulai dilaporkan oleh akhbar di Singapura sejak tiga minggu lalu.
The Football Association of Singapore (FAS) looks set to continue going down the Japanese route by appointing Kazuaki Yoshinaga as the new national coach for its men's team. An announcement will be made this month. pic.twitter.com/DkguhFDNpX
— Asian Football (@AsianFootballs) April 5, 2022
Yoshinaga bukanlah watak yang asing dengan bola sepak Singapura kerana sudah melatih Alibirex Niigata Singapura sejak 2017.
Pengalaman selama lima tahun pengendali itu di Liga Singapura sudah dianggap memadai untuk mengenali barisan pemain dan budaya bola sepak di negara itu.
Yoshinaga is the current coach of Singapore Premier League side Albirex Niigata. He swept all domestic trophies – S-League, Singapore Cup, League Cup and Community Shield – in 2017 and 2018, when there was no League Cup, with a team that was predominantly under-23 and Japanese. pic.twitter.com/U0EthlgEG6
— Asian Football (@AsianFootballs) April 5, 2022
Menurut ciapan Asian Football, Nazri Nasir yang sebelum ini adalah ketua jurulatih skuad B-23 Singapura akan turut dinaikkan pangkat sebagai pembantu kepada Yoshinaga.
CV yang meyakinkan
Selain daripada pengalaman melatih kelab di Liga Singapura sejak lima tahun yang lalu, Yoshinaga juga memiliki rekod yang meyakinkan.
Jurulatih berusia 53 tahun itu pernah membantu Albirex Niigata menyapu bersih semua kejuaraan domestik yang dipertandingkan di negara itu selama dua musim berturut-turut pada 2017 dan 2018.
The 54-year-old was named Coach of the Year in both years before going on to coach J2 League's Albirex in 2019. He returned in 2021 to the SPL club as technical director before taking over as head coach this year. He declined to comment when approached by The Straits Times. pic.twitter.com/XU7E39T2lo
— Asian Football (@AsianFootballs) April 5, 2022
Perkara utama yang membuatkan pencapaian tersebut dianggap sebagai luar biasa adalah kerana Yoshinaga melakukannya dengan barisan pemain muda di bawah usia 23 tahun.
Turut pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik di Liga Singapura pada tahun yang sama, Yoshinaga juga mempunyai pengalaman melatih kelab J2 League, bersama kelab induk Albirex Niigata di Jepun.
Bagi anda yang tidak mengetahuinya, Albirex Niigata Singapura adalah kelab feeder untuk tujuan pembangunan pemain muda kepada kelab induknya di J2 League.