Liga Super: Jaringan Park Tae-su Pastikan Sabah FC Lonjak Tangga Ke-3

Jaringan tunggal perlawanan oleh Park Tae-su pada minit ke-25 perlawanan memastikan Sabah FC menang 0-1 ke atas Melaka United di dalam saingan Liga Super Malaysia (MSL) pada malam tadi.

Kemenangan tersebut turut membenarkan Sabah FC melonjak ke kedudukan ke-3 Liga Super Malaysia (MSL) selepas tiga perlawanan.

Dalam perlawanan tersebut, Melaka United jelas bergelut di jentera serangan selepas kehilangan khidmat  dua penyerang import, Olusegun Ifedayo dan Adriano Narcizo akibat kecederaan.

Sabah FC berpeluang berada di hadapan seawal minit ke-16 perlawanan, namun tandukan Dominic Tan yang berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan Baddrol Bakhtiar tinggi melepasi palang.

Percubaan Tommy Mawat juga melalui tandukan dua minit selepas itu juga tersasar.

Kesilapan pasukan tuan rumah selepas itu mengundang padah apabila Park Tae-su bijak menghidu peluang yang terhidang sebelum merembat leret ke sebelah kiri gawan, menewaskan penjaga gol Norazlan Razali.

Sabah terus mendominasi perlawanan dengan permainan kemas dan hampir melebarkan kedudukan selepas itu melalui pemain perancang dari Jepun, Taiki Kagayama pada babak akhir separuh masa pertama, namun berjaya dinafikan oleh Norazlan.

Ketua jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic melakukan tiga pertukaran pada awal babak kedua perlawanan dalam usaha mengubah arus perlawanan.

Perubahan itu berjaya memberi tekanan kepada Sabah sehingga menyaksikan Sony Norde hampir berjaya menyamakan kedudukan sebelum tandukannya melepasi palang.

Peluang keemasan Melaka untuk menemui jaringan hadir pada minit ke-60 perlawanan apabila sepakan percuma Sony muntah ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Sepakan susulan oleh Shahrul Azwari Ibrahim selepas itu bagaimana pun tinggi melepasi palang.

Kekalahan terbaru ini bermakna Melaka United belum merekodkan sebarang kemenangan selepas tiga perlawanan MSL yang mereka lalui, dan menduduki kedudukan ke-9 MSL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN