FAM Umum Senarai 30 Pemain Ke Latihan Pusat Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun

Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018

Laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 30 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk hadir ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya yang akan bermula Isnin ini, 27 November 2017.

Skuad ini akan membuat persiapan awal bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

Senarai 30 pemain yang terpilih ke latihan pusat skuad Malaysia Bawah 23 Tahun.

Dalam senarai di atas, 17 pemain daripada skuad 20 pemain yang berjaya memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu telah dikekalkan.

Hanya tiga pemain digugurkan iaitu dua pemain Kedah, Amirul Hisyam Awang Kechik dan Ariff Farhan Md Isa serta penyerang Pulau Pinang, S Kumaahran yang masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan lutut.

Sementara itu, empat pemain yang berada dalam skuad 23 pemain ketika pusingan kelayakan di Bangkok, Thailand pada Julai lalu tetapi digugurkan dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 telah disenaraikan semula untuk kem latihan kali ini iaitu penjaga gol Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Danial Ashraf Abdullah (Kelantan), Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan).

Turut tersenarai, empat lagi pemain yang pernah dipanggil untuk beberapa kem latihan pusat sebelum ini tetapi tiada dalam skuad ketika pusingan kelayakan di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Dominic Tan (JDT), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers) dan Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak).

Datuk Ong Kim Swee juga menyenaraikan lima pemain muda berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun terdiri daripada empat pemain dari skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak yang berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC 2018 iaitu Shivan Pillay Asokan, 17, (PKNS FC), Hadi Fayyadh Abdul Razak, 17, (JDT II), Nik Akif Syahiran Nik Mat, 18, (Kelantan) dan K Thivandaran, 18, (Pulau Pinang) serta tidak ketinggalan, pemain Pahang berusia 19 tahun, Kogileswaran Raj.

Selepas tiga minggu latihan tempatan di Wisma FAM, skuad B-23 kebangsaan akan terbang ke Mokpo, Korea Selatan pada 17 Disember untuk kem latihan pusat di sana selama 14 hari sehingga 30 Disember dan kemudian terbang terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari.

Keputusan Undian kejohanan AFC Bawah 23 Tahun yang menyaksikan skuad negara diundi dalam kumpulan C bersama pasukan dari teluk arab.

Menurut FAM, Skuad B-23 kebangsaan dijadualkan tiba di Changshu pada 6 Januari untuk menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsung pada 20 Januari diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN