Lihat Bagaimana Mudahnya Membina Sebuah Kelab Baharu Di England

kelab baharu

Penulis telah melayari laman sesawang Lancashire FA (Persatuan Bolasepak Daerah Lancashire) sekadar untuk mencari sedikit informasi namun satu paparan di dalam laman sesawang tersebut membuatkan penulis terdetik untuk menterjemahkan sedikit cara-cara untuk membina sebuah kelab baharu di England khususnya.

Terdapat dua soalan pertama!

1. Adakah terdapat cukup pemain yang berpotensi di kejiranan anda?
2. Adakah terdapat sukarelawan untuk terlibat dalam organisasi dan pentadbiran kelab?

Artikel ini menjelaskan mengenai beberapa perkara utama untuk menubuhkan sebuah kelab baharu yang harus diketahui seperti dibawah.  Dengan mengikuti garis panduan mudah ini, pembaca sudah berada dalam kedudukan untuk memiliki kelab baru dan akan berjalan dalam masa yang singkat.

Perlembagaan – pelantikan pegawai kelab

Kelab mesti melantik pengerusi, setiausaha dan bendahari untuk membolehkan kelab berfungsi dengan berkesan seperti kewajiban Peraturan & Terma County FA. Ia juga mencadangkan agar orang lain dilantik untuk membantu dalam bidang pentadbiran kelab lain.

Kewangan – pendapatan dan perbelanjaan untuk melaksanakan kelab

Sebagai kelab baru, adalah penting untuk mengumpul dana untuk membolehkan operasi kelab berjalan lancar dan di awal penubuhan kelab.

Kelab mungkin boleh mengenakan yuran  keahlian pemain dan langganan kelab penyokong. Kelab juga dinasihatkan untuk menghasilkan perkiraan kos untuk operasi pasukan yang akan membantu anda membuat belanjawan pendapatan dan perbelanjaan untuk musim ini.

Pemain – pendaftaran, kelayakan, disiplin, perlindungan & latihan kanak-kanak

Adalah penting untuk kelab-kelab membaca setiap peraturan bagi setiap liga/perlawanan yang mereka ingin sertai.

Semua perkara di akar umbi ditadbir oleh County FA dan setiausaha kelab bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua pemain layak bermain.

Sekiranya kelab mempunyai keraguan mengenai siapa yang boleh bermain atau tidak, sebagai contohnya penggantungan, mereka harus menghubungi County FA untuk maklumat lanjut.

Bagi pasukan belia pula, adalah penting bagi mereka untuk mematuhi Dasar, Praktik dan Prosedur Perlindungan Kanak-Kanak FA. Seorang pegawai kelab perlu menghadiri Bengkel Perlindungan Kanak-kanak FA dan Amalan Baik.

Insurans- liabiliti awam, kecederaan peribadi dan polisi lain

Kelab dikehendaki mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk pemain mereka dalam kes kecederaan atau kemalangan ketika bermain atau melakukan perjalanan ke sebarang perlawanan.

Insurans Liabiliti Awam disusun untuk kelab oleh County FA sebagai sebahagian daripada proses gabungan kelab.

Gabungan  – Persatuan Bola Sepak & Liga County

Sesebuah kelab perlu bersekutu dengan County FA dan liga yang sesuai yang ingin kelab sertai. Kelab disyorkan untuk mendapatkan nasihat mengenai keahlian liga yang sesuai dari pejabat County FA.

Pertandingan – pertandingan liga & piala

Jadual ditetapkan oleh setiausaha pertandingan/liga yang sesuai, yang akan memberitahu kelab mengenai perlawanan yang akan datang.

Sekiranya kelab anda akan menjadi tuan rumah perlawanan, setiausaha kelab mesti menguruskan sewa padang, memberitahu lawan dan pegawai perlawanan mengenai waktu dan lokasi perlawanan.

Untuk permainan di tempat lawan pula, maklumkan kepada pemain pasukan kelab anda mengenai pengangkutan dan perjalanan pemain. County FA menjalankan kejohanan piala yang memberi peluang kepada pasukan untuk bermain menentang kelab dari liga atau kawasan yang berlainan.

Padang – kenalan berguna & nasihat

Buat permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan kawasan kelab anda, kelab lain di sekitar, atau pemilik tanah persendirian untuk menyewa padang. Sila ambil perhatian bahawa caj sewa akan berbeza-beza.

Jersi perlawanan

Beli pakaian yang sesuai sebelum permulaan musim pertandingan kelab dan pastikan kelab mempunyai peralatan yang memadai untuk semua pemain di kelab anda. Peralatan yang diperlukan akan termasuk, first aid kit, jaring gol dan bola.

Pentadbiran

Anda perlu melihat panduan yang dilampirkan ke pentadbiran kelab yang memperincikan semua tugas yang berkaitan dengan penubuhan kelab, tugasan hari perlawanan & aktiviti tahunan.

Bantuan undang-undang percuma

Untuk menyokong kelab dari segi undang-undang dan banyak lagi, FA telah bekerjasama dengan Muckle LLP untuk memberikan sokongan undang-undang percuma kepada Kelab dan Liga Piagam FA.

Mana-mana kelab atau liga dibawah Piagam FA boleh menerima 30 minit nasihat percuma mengenai mana-mana masalah dengan menghubungi [email protected].

Keputusan perlawanan/imej kelab/media

Pastikan kelab anda menyampaikan keputusan perlawanan kelab untuk mematuhi peraturan pertandingan.

Semua kelab disyorkan untuk menjalin hubungan baik dengan akhbar setempat untuk menerbitkan keputusan serta laporan pertandingan dan mungkin cerita menarik tentang kelab anda.

Imej yang baik akan membantu meningkatkan jenama kelab yang mana turut membawa pemain baru dan mungkin menarik perhatian penaja.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Muhammad Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN