FAM Tidak Ada Hasrat Ambil Alih Pengurusan Liga Malaysia Daripada MFL

Selepas dikecam oleh beberapa pihak, termasuk cadangan oleh pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony agar pengurusan bola sepak di Malaysia dikembalikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini badan induk bola sepak negara itu tampil dengan penjelasan dan pendirian mereka mengenai hal ini.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi melalui satu kenyataan pada hari ini, langkah penswastaan Liga Malaysia telah pun dipersetujui oleh semua ahli gabungan FAM dan seterusnya oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk ditubuhkan FMLLP (nama lama bagi MFL) pada tahun 2015 sebagai badan penganjur Liga Malaysia yang dijalankan secara profesional sepenuhnya bermula tahun 2016.

MFL

“Penganjuran liga domestik secara profesional seumpama ini adalah seiring dengan kehendak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan juga sama seperti liga-liga domestik terkemuka Asia contohnya Liga Jepun (J.League) dan Liga Korea Selatan (K League) serta liga terkemuka dunia seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga di Sepanyol.

“Badan bebas pentadbir liga domestik ini ditubuhkan bukan sahaja bagi memenuhi keperluan ditetapkan AFC, malah ia juga merupakan evolusi bola sepak profesional yang dapat kita lihat di seluruh dunia ketika ini.

“Sudah tentu apabila sudah memasuki musim keempat ia dijalankan secara profesional sepenuhnya oleh MFL, FAM sememangnya tiada hasrat untuk mengambil langkah ke belakang bagi menguruskan kembali Liga Malaysia,” ujar beliau menjelaskan sebab-sebab utama langkah penswastaan dilakukan.

Selain daripada Datuk Peter Anthony, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majis turut mengecam cara pengurusan oleh MFL yang dikatakan terlalu ‘mengikut buku’. Menurut beliau MFL perlu lebih banyak menggunakan budi bicara untuk membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh rakan kongsi badan penganjur itu.

Luahan tersebut hadir selepas beberapa pasukan dipotong geran tahunan sebanyak 50% sebagai denda di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember 2018.

“Sudah tentu dalam menuju ke arah profesionalisme bagi memastikan Liga Malaysia mencapai tahap yang ditetapkan oleh AFC, ada kalanya MFL terpaksa membuat beberapa keputusan tegas yang sudah tentu tidak popular di kalangan pasukan yang mana kadang kala pasti berlaku perbezaan pendapat dan pandangan kerana masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri.”

Datuk Mahadi turut yakin keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh MFL ini adalah konsisten sejak dari tahun lepas, apabila pasukan-pasukan dihukum itu masih diberi peluang untuk membuat rayuan.

“Perjalanan untuk menuju ke arah profesional ini bukan sesuatu yang mudah tetapi FAM masih tetap memberikan sokongan dan yakin kepada pihak pengurusan tertinggi MFL dalam menguruskan Liga Malaysia secara profesional sejak dari ia ditubuhkan, empat tahun yang lalu,” ujar beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN