Keane Tidak Pernah Percayakan Pogba Dan Kecewa Dengan Para Pemain United

Roy Keane

Roy Keane tidak gembira dengan terlalu ramai pemain yang merupakan pemberi harapan palsu dalam pasukan Man. United.

Keane percaya pemain ini ada potensi untuk menyingkirkan Ole Gunnar Solskjaer dengan cara yang sama mereka lakukan kepada Jose Mourinho.

Selepas tamat aksi di antara Man. United dan Man. City Keane menembak para pemain United yang sebelum ini sentiasa berjanji untuk memperbaiki keadaan – terutama sekali selepas dibelasah Everton minggu lalu.

Keane berkata: “Saya sentiasa kurang yaking apabila mendengar mereka berkata: ‘Ayuh, kita akan bangkit pada perlawanan seterusnya.’ Kamu sebagai pemain seharusnya memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Tak kisahlah kamu bermain untuk Man United ataupun Altrincham.”

“Anda harus sentiasa bersedia memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan bola sepak.”

“Oleh itu saya tidak termakan dengan kata-kata yang kononnya pemain ini akan memberikan reaksi yang hebat selepas ini.”

“Mereka adalah pemain yang sama mencampakkan Mourinho ke bawah bas, dan mereka sanggup melakukan perkara yang sama kepada Ole. Harimau kumbang tidak akan sesekali berubah coraknya.”

“Terlalu ramai pemain bermuka-muka dan memberikan harapan palsu dalam pasukan ini – yang menyukarkan kelab ini kembali ke kemuncak.”

“Bahkan, ketika kita bercakap bahawa United akan bersaing untuk menamatkan saingan di tangga ke-4, sudah cukup menunjukkan jatuhnya standard kelab ini di dalam dan di luar padang.”

Keane percaya, pengurus tidak akan mampu memotivasikan para pemain lebih daripada para pemain itu sendiri. Dan beliau menegaskan apabila beraksi dalam pasukan Man. United, anda harus sentiasa bersedia memberikan aksi terbaik.

“Hakikatnya, Ole kena bercakap pasal perlawanan ini selepas ini, dan beliau pastinya sangat malu.

Keane juga menyatakan beliau memang tidak percayakan pemain seperti Pogba yang sebelum ini menyatakan Man. United akan bangkit menentang City – selepas kekalahan di tangan Everton.

Keane berkata: “Saya tidak percaya langsung, walaupun sepatah ayat yang beliau keluarkan.”

“Jika beliau pemain yang bagus, beliau pastinya rajin untuk turun ke bawah. Jadi, pemain ini [Pogba] sangat berbakat, namun saya sentiasa tegaskan perkara ini sejak dari dahulu. Kalau nak kira berapa kali beliau malas untuk berlari turun ke bawah [track back] membantu rakannya, ianya terlalu banyak dan beliau adalah masalah besar.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN