FAM Arah PKNP, TRW Selesaikan Pampasan Dan Tunggakan Gaji Dalam 14 hari

Sebentar tadi, laman rasmi FAM telah menghebahkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Status FAM pada 1 Jun 2017. Berikut adalah 7 isu yang diputuskan:

3 tuntutan melibatkan PKNP

Ada 3 isu tuntutan melibatkan PKNP. Kesemuanya berkaitan isu penamatan kontrak yang tidak dirasakan tidak adil oleh bekas pemain mereka. 1 daripadanya ditolak.

PKNP masih perlu membayar sejumlah RM132,000.00 dalam masa 14 hari. Berikut butirannya.

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohamad Amirul Asraf Bin Mohd Noor terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak.

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM72,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

2. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Afiq Amsyar Bin A. Salamat terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu adalah ditolak

3. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Muhammad Hafizuddin Bin Harun terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan PKNP FC dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM60,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

4 kes tuntutan ke atas KAFA

Seterusnya adalah isu yang melibatkan KAFA. Ada 5 kes tuntutan gaji. 3 daripada pemain dan 1 daripada Velizar Popov.

KAFA diminta membayar kira-kira RM190,000 untuk kesemua tuntutan gaji tersebut dalam masa 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Tuan Muhamad Faim Bin Tuan Zainal Abidin terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM9,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

2. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Khairul Izuan Bin Rosli terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM77,486.87 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

3. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohammad Faizal Bin Abu Bakar terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM44,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

4. Tuntutan dikemukakan oleh pegawai, Velizar Emilov Popov terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sepenuhnya dan KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah AS$14,000 dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini.

Arahan ini dikeluarkan melalui Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Supt. Md Dali Wahid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN