Penyata Wang Hadiah EPL 2016/17 , Sunderland Terima Lebih Tinggi Daripada Juventus

Badan pengurusan EPL telah mengeluarkan satu penyata kewangan berkenaan dengan bayaran hadiah EPL kepada setiap pasukan EPL musim 2016/17.

Sejumlah £2.4 billion wang diagihkan kepada 20 kelab EPL. Paling mencuri tumpuan adalah bayaran hak penyiaran yang melonjak naik musim ini.

Hak penyiaran yang mewah meningkat kepada £1.6 billion daripada tahun sebelumnya.

Chelsea mendapat bayaran tertinggi secara keseluruhannya selaku juara. Mereka menerima sejumlah £151 juta daripada liga terkaya di dunia.

Musim lalu, Leicester yang menjuarai EPL menerima sekitar £93.2 juta. Jumlah itu rendah sedikit daripada amaun yang diterima Sunderland yang menduduki tangga tercorot musim ini dengan £93.5 juta.

Jumlah hadiah wang Sunderland itu adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah hadiah kejuaraan Juventus di Serie A musum 2016/17 yang menerima £79.7 juta.

Pasukan di tempat kedua, Tottenham Hotspurs menerima £145.5 juta. Jumlah itu kurang dari pasukan di tempat ketiga dan keempat iaitu Manchester City (£146.9 juta) dan Liverpool (£146.1 juta).

Manchester United menerima £141 juta. Mengatasi jumlah yang diterima Arsenal yang berada di atas mereka. Arsenal menerima £139.6 juta.

Jumlah keseluruhan adalah hasil daripada gabungan bayaran tetap (fix) dan yang berbeza-beza (variable).

Bayaran yang berbeza-beza melibatkan bayaran daripada siaran langsung di UK, bayaran merit dan bayaran fasiliti.

Seterusnya bayaran tetap pula melibatkan keuntungan komersial £4.8 juta dan juga bayaran sama rata (equal) yang bernilai £35 juta.

Paling menarik adalah bayaran yang diterima daripada siaran langsung di luar negara, setiap kelab mendapat £39 juta daripada bahagian ini.

Ianya hasil daripada jumlah £782 juta yang mereka dapat hasil daripada hak penyiaran di luar negara.

EPL juga mengesahkan 3 pasukan yang tersingkir akan menerima bayaran yang disebut parachute payments untuk kelab yang tersingkir pada 2 musim yang lalu iaitu Newcastle, Aston Villa dan Norwich.

Setiap kelab tersebut menerima £41 juta. Parachute payments adalah satu bayaran bantuan daripada EPL kepada kelab yang tersingkir untuk mereka mengurangkan impak kerugian kerana tersingkir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN