FAM Pilih Bhutan Ganti Bahrain

Pembatalan perlawanan persahabatan berdepan Bahrain pada saat-saat akhir ternyata menjejaskan persiapan skuad Harimau Malaya yang akan mengharungi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE dan Vietnam pada hujung bulan depan.

Keadaan tersebut memaksa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengatur perlawanan persahabatan lain sebagai alternatif untuk memastikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak kehilangan ‘tempo’ dan mempunyai persediaan yang mencukupi terutamanya bagi menguji pemain yang perlu dipastikan berada dalam prestasi terbaik.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika dihubungi Harian Metro mengakui pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Bhutan untuk mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan bola sepak negara berkenaan.

“Perlawanan persahabatan penting untuk memastikan pasukan negara lebih bersedia sebelum berkunjung ke UAE namun kita perlu hormati Bahrain yang enggan meneruskan aksi persahabatan di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town, Bahrain pada 21 Mac ini.

“Oleh itu, FAM akan cuba mencari pasukan yang bersedia untuk perlawanan persahabatan bertemu Harimau Malaya dan kemungkinan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Bhutan,” katanya.

Menurut Stuart, dengan masa yang suntuk, agak sukar bagi FAM untuk mencari pasukan dari Timur Tengah menggantikan Bahrain ditambah pula dengan isu penularan wabak Coronavirus atau COVID-19 yang sedang hangat ketika, ini.

Pembatalan perlawanan persahabatan dengan Bahrain dibuat disebabkan kerajaan Bahrain telah mengetatkan perjalanan keluar masuk ke negara tersebut membabitkan individu dari negara yang terkesan dengan wabak COVID-19 termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan lain-lain lagi.

Dalam peringkat kelayakan ketika ini, Malaysia berada di tangga kedua kumpulan dengan mengumpul 9 mata, dua mata di belakang Vietnam dan satu mata di depan Thailand. UAE yang kurang satu perlawanan di kedudukan ke-4 dengan enam mata.

Malaysia akan melalui dua perlawanan dengan aksi menentang UAE pada 26 Mac di Dubai dan pulang ke Malaysia untuk aksi menentang Vietnam pada 31 Mac depan.

Kredit Foto: Bhutan Football Federation

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN