FAM Mahu Daftarkan Liridon Untuk Lawan UAE

Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyokong dan peminat bola sepak tanah air berkemungkinan boleh menyaksikan kelibat pemain naturalisasi terbaru negara, Liridon Krasniqi bersama pasukan negara seawal 27 Mac akan datang.

Malaysia dijadualkan akan berhadapan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tarikh tersebut di saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Memetik laporan dari Bernama, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata untuk membenarkan Liridon beraksi menentang UAE, FAM kini sedang berusaha untuk mendaftarkan pemain tersebut sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain pada 20 Mac depan.

Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun hanya genap tempoh lima tahun beraksi di negara ini pada 25 Mac depan.

Syarat lima tahun itu adalah ketetapan yang termaktub di dalam peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), sebelum seseorang pemain naturalisasi dibenarkan beraksi.

“Setelah kita buat penyelidikan dan perbincangan, kita rasa tiada halangan untuk Liridon mewakili Malaysia dalam masa terdekat. Berdasarkan pengiraan tempoh lima tahun, kita yakin beliau boleh didaftarkan dalam pasukan kebangsaan, sebelum perlawanan menentang UAE,” kata Stuart kepada pemberita di Wisma FAM semalam.

“Kita hanya perlu tunggu pengesahan daripada FIFA dalam seminggu dua ini, kerana mereka mungkin mempunyai kaedah pengiraan tertentu. Sekiranya semua dokumentasi dan ketetapan pengiraan kita buat itu betul, Liridon akan bersama pasukan kebangsaan.”

Pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe akan meneruskan saingan getir Kumpulan G pusingan kedua kelayakan menentang UAE pada 26 Mac dan diikuti dengan Vietnam selang lima hari kemudian di Bukit Jalil.

Perlawanan terakhir pasukan negara di saingan itu ialah pada 9 Jun menentang Thailand di Bangkok.

UAE baru-baru ini turut telah mendaftarkan tiga pemain baharu dari Amerika Latin – Sebastian Lucas Taglibue (Argentina) serta Caio Canedo Correa dan Fabio Virginio de Lima dari Brazil, sebagai pemain naturalisasi negara itu.

“Dia [Liridon] tanya saya bila panggilan ke skuad kebangsaan, itu adalah soalan pertama bila jumpa saya hari ini dan itu menunjukkan keghairahan beliau untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan,” jelas Stuart.

“Permohonan De Paula memerlukan sedikit masa lagi kerana ada beberapa perkara lagi untuk diselesaikan, bagi memastikan kita memenuhi segala ketetapan FIFA. Saya harap ia dapat diselesaikan dalam satu hingga dua minggu lagi, bagi memastikan De Paula dapat menyarungi jersi kebangsaan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN