FAM Lancar Jersi Baharu Harimau Malaya Sempena Piala AFF 2022

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan jersi baharu untuk Harimau Malaya yang dikeluarkan oleh Nike.

Nike yang sudah lama bersama FAM menghasilkan jersi skuad kebangsaan telah melancarkan warna rasmi Harimau Malaya di Football Republic, Sunway Pyramid dekat Subang Jaya.

Menggunakan pendekatan minimalis, jersi utama Harimau Malaya menggunakan warna kuning sebagai taruhan utama.

Jersi kedua pula menggunakan warma hitam sambil hijau menjadi sandaran untuk penjaga gol.

Selain hijau, warna biru cair juga digunakan untuk jersi kedua penjaga gol kebangsaan.

Bagaimana pun, jersi ini menggunakan pendekatan Nike untuk jersi Liverpool edisi 2021 apabila coraknya kelihatan minimalis tetapi sebenarnya penuh dengan detailing.

Jersi ini akan dipakai untuk dua musim sehingga 2024 dengan Piala AFF 2022 dan juga ketika saingan pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar

Apa pandangan anda mengenai jersi ini? Tinggalkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN