Kelantan United terus gagal untuk meraih kemenangan sulung mereka musim ini dalam saingan Liga Super 2023, selepas kali pasukan tersebut mudah ditewaskan Kedah di laman sendiri dengan keputusan penuh 2-3.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu, pasukan yang dikendalikan oleh Thomas Trucha itu pada awalnya bermula dengan sangat baik sebelum pelawat mula menguasai padang dengan sangat konsisten.
Lima gol terhasil di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini.#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/0WBa8nQFlu
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2023
Pada perlawanan tersebut, gol-gol Kedah diledak menerusi Willian Lira, Manuel Hidalgo, serta Al-Hafiz Harun selain satu jaringan sagu hati diraih Kelantan menerusi Devid de Santana Silva dan Yan Victor.
Kedah kini pastinya sangat lega untuk memperoleh kemenangan ketiga mereka musim ini dalam Liga Super, setelah aksi lalu menyaksikan mereka dikejutkan oleh PDRM di Alor Setar.
Tampil dengan konsistensi tinggi, jelas Kedah banyak menyukarkan Kelantan untuk cuba sekurang-kurangnya meraih satu mata di halaman sendiri sepanjang permainan berlangsung.
Berikut merupakan antara kelemahan-kelemahan dihadapi Kelantan sepanjang perlawanan berlangsung, sehingga menyebabkan mereka tewas untuk kali ketiga musim ini.
Pertahanan longlai
Pertahanan Kelantan United antara perlu dipertikaikan pada perlawanan ini, selepas aksi ditampilkan mereka jelas sangat longlai sepanjang permainan berlangsung.
Serangan-serangan yang ditampilkan Kedah jelas memberi kesukaran besar buat mereka untuk mengekalkan disiplin dengan lebih baik terutama di posisi pertahanan tengah.
Lebih merugikan kelemahan mereka daripada segi kualiti individu begitu terserlah sehingga memudahkan pemain seperti Manuel Hidalgo dan Lee Tuck mengeksploitasi situasi tersebut.
Posisi tengah terlalu lompong
Salah satu isu Kelantan United malam ini juga bertumpukan kepada posisi tengah mereka yang dilihat sangat longgar untuk memudahkan Kedah lebih mendominasi bahagian tersebut secara keseluruhan.
📊 Kedah Darul Aman FC kembali ke tangga keempat Liga. #LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/kA73PkUCy2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2023
Menyedari Kedah yang mempunyai rangkaian pemain berkualiti di posisi tengah, pasukan tuan rumah lebih banyak berpaksikan serangan mereka di bahagian sisi.
Namun, mereka juga gagal untuk mematikan segala ancaman dengan lebih awal di zon tersebut sehingga membenarkan Kedah menguasai keseluruhan posisi tersebut dan lebih membiarkan Morgaro Gomis keseorangan.
Kreativiti serangan berpasukan terbatas
Kelantan United sebenarnya mempunyai banyak peluang-peluang terbuka untuk mendapatkan gol sejak awal permainan berlangsung.
Menerusi pertahanan Kedah yang berada di garisan agak tinggi, pelawat sebenarnya hampir terperangkap menerusi situasi serangan balas sesekali dicipta oleh Kelantan United.
Namun pasukan tersebut mengalami satu situasi sukar iaitu kreativiti dalam membuat hantaran akhir kepada penyerang untuk mendapatkan gol.
🔰 MAN OF THE MATCH : MANUEL HIDALGO 🔰
Manuel Hidalgo dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menentang Kelantan United FC. Berjaya mencetak nama selaku penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.
Hello, i am Manuel Hidalgo! 📞 pic.twitter.com/Y1iP8Aob3F
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 13, 2023
Daripada gerakan berpasukan, jelas Kedah tampil lebih menyerlah ketika menyerang berbanding Kelantan United yang banyak bergantung harap kepada pergerakan individu pemain sendiri untuk mengolah situasi serangan.