Liga Super: Kedah Bangkit Kecewakan Kelantan United

Kedah Darul Aman (Kedah), kembali meraih kemenangan mereka dalam aksi Liga Super 2023 selepas mereka menjadikan Kelantan United pula sebagai mangsa di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan keputusan penuh 3-2.

Pada perlawanan tersebut, gol-gol Kedah diledak menerusi Willian Lira, Manuel Hidalgo, serta Al-Hafiz Harun selain satu jaringan sagu hati diraih Kelantan menerusi Devid de Santana Silva dan Yan Victor.

Awal perlawanan menyaksikan Kedah terlebih dahulu memulakan serangan menerusi satu percubaan jarak jauh menerusi penyerang import mereka iaitu Willian Lira.

Indra Putra Mahayuddin menjadi pemain pertama Kelantan United yang menempah kad kuning selepas empat minit permainan berlangsung, selepas kekasaran dibuat kepada Amirbek Juraboev.

Menghampiri 20 minit permainan, jelas intensiti permainan sedikit menurun dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang tanpa sebarang percubaan berbahaya terhasil.

Tuan rumah akhirnya berjaya membuka jaringan pertama mereka menerusi Devid Santana pada minit ke-20, selepas penyerang tersebut mudah menewaskan tiga pertahanan Kedah dalam petak penalti sebelum satu rembatan kencang dilepaskan.

Selepas ketinggalan Kelantan United jelas tidak memperlahankan tempo permainan mereka, sebaliknya mereka terus menekan Kedah menerusi percubaan demi percubaan berbahaya untuk mendapatkan gol kedua.

Akhirnya Willian Lira berjaya mendapatkan kembali jaringan penyamaan mereka pada minit ke-34 menerusi satu tandukan hasil hantaran cantik daripada Lee Tuck untuk meletakkan kedudukan semasa 1-1.

Selepas tekanan-tekanan tinggi diberi Kedah, akhirnya pasukan tersebut memperoleh sepakan penalti setelah ada kekasaran dibuat Kelantan United kepada Hidalgo.

Hidalgo mudah menewaskan penjaga gol lawan menerusi rembatan kencang beliau, untuk meletakkan kini Kedah pula di hadapn hasil sepakan penalti yang diberi oleh pengadil pada minit ke-45.

Bersambung di separuh masa kedua, pasukan pelawat mempunyai beberapa peluang menarik untuk mendapatkan gol ketiga mereka, namun ianya dapat dinafikan dengan baik menerusi penjaga gol Kelantan United.

Pemain gantian iaitu Al-Hafiz Harun berjaya menambah gol ketiga buat Kedah, selepas situasi kelam kabut dalam petak penalti Kelantan memberi ruang buat beliau untuk menambah derita buat tuan rumah.

Ketika perlawanan menuju ke minit akhir, tuan rumah pula memperoleh sepakan penalti selepas ada kekasaran dibuat oleh Bojan Ciger kepada pemain Kelantan United.

Jaringan penalti tersebut mudah diledak oleh Yan Victor pada minit ke-88 selepas rembatan deras beliau mudah menewaskan Kalamullah Al-Hafiz.

Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan akhirnya berpihak kepada Kedah, selepas pasukan tersebut kembali meraih kemenangan mereka untuk terus memberi cabaran musim ini dalam saingan Liga Super 2023.

Kesebelasan utama

Kelantan United: Ahmad Asyraaf Omar (Penjaga gol), Muhammad Fauzan Mohd Fauzi, Yan Victor Silva Paixao, Morgaro Lima Gomis, Muhammad Khairu Azrin Khazali, Jose Elmer Porteria, Mohamad Fandi Othman, Devid de Santana Silva, Mohd Syazwan Zainon, Indra Putra Mahayuddin (Kapten), Ariff Ar-Rasyid Ariffin

Kedah Darul Aman (Kedah): Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi (Penjaga gol), Mohd Akmal Md Zahir (Kapten), Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Willian Lira Sousa, Lee Andrew Tuck, Mohamad Heshamudin Ahmad, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN