Faktor Kreativiti Jadi Punca Kedah Tewas Kepada Terengganu

Kedah Darul Aman (Kedah) gagal meneruskan momentum terbaik mereka dalam saingan Liga Super 2023, setelah ianya disekat oleh pasukan tuan rumah iaitu Terengganu.

Beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Kedah tampil dengan serba kekurangan untuk berdepan Terengganu termasuk dengan ketiadaan pengendali utama mereka iaitu Nafuzi Zain.

Jaringan tunggal daripada penyerang lincah Terengganu iaitu Engku Nur Shakir pada minit ke-16 sudah cukup untuk mengesahkan tiga mata buat Sang Penyu di laman sendiri bersama corak permainan cukup menyakinkan.

Terengganu turun pada perlawanan ini juga dalam keadaan serba kekurangan, selepas ada beberapa bintang utama tidak dibawa turun oleh Tomislav Steinbruckner dengan rombakan kesebelasan utama dibuat.

Namun mereka masih mempamerkan aksi cukup berkualiti, terutama sekali kepada barisan pemain tempatan yang jelas lebih baik berbanding para kesebelasan utama Sang Kenari.

Tanpa kelibat Manuel Ott dan Lee Andrew Tuck yang digantung serta kehilangan khidmat Willian Lira di posisi serangan, jelas Kedah seolah tenggelam punca untuk tampil lebih kreatif ketika menyerang atau menguasai permainan.

Menerusi gandingan Fadzrul Danel, Amirul Hisyam, serta Amirbek Juraboev, Kedah gagal membentuk kombinasi lebih baik untuk menguasai posisi tengah serta membentuk rangkaian gerakan positif bagi menghasilkan sesuatu yang sempurna di posisi serangan.

Malah, kelibat penyerang import Sang Kenari iaitu Jonathan Balotelli juga boleh dianggap sangat mengecewakan selepas tiada percubaan berbahaya dilepaskan beliau serta gerakan lebih baik untuk menekan pertahanan lawan.

Kebanyakan gerakan Kedah pada perlawanan tersebut banyak tersekat di posisi tengah dan hantaran ke belakang dibuat semula seolah masing-masing hilang punca untuk menjana sesuatu lebih positif.

Berbeza dengan Terengganu, tuan rumah jelas lebih positif dan para pemain masing-masing mengetahui untuk mencipta gerakan dan mempunyai komunikasi terbaik antara satu sama lain.

Malah, para pemain Sang Penyu juga lebih yakin untuk mengawal bola dengan lebih lama serta tidak terburu-buru untuk melepaskan kepada rakan sepasukan bagi meneruskan penguasaan.

Daripada sudut kreativiti, Terengganu jelas tampil lebih menghiburkan menerusi gerakan-gerakan menarik dicipta untuk mengatasi pertahanan pelawat sepanjang aksi berlangsung.

Pastinya kemenangan serta aksi positif tersebut melegakan Tomislav Steinbruckner untuk kembali mencipta kebangkitan setelah mereka tewas pada pusingan separuh akhir Piala FA 2023 beberapa hari lalu.

Untuk Kedah, kehadiran pemain utama mereka pastinya sangat ditagih supaya kebangkitan kembali dilakar pada aksi seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN