Liga Super: Kelibat Balotelli Bakal Hampakan Terengganu Di SSMZA?

Saingan Liga Super 2023 terus bersambung dengan membabitkan beberapa perlawanan malam ini, dan salah satu aksi tumpuan terarah kepada pertemuan antara Terengganu menentang Kedah Darul Aman (Kedah).

Perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu menyaksikan bekas pengendali Terengganu iaitu Nafuzi Zain akan kembali ke sana selaku jurulatih lawan buat pertama kali.

Untuk rekod musim ini, kedua pasukan tersebut masing-masing membuat rombakan di bahagian kejurulatihan serta barisan pemain baharu yang boleh dianggap sangat menonjol berbanding kelab lain.

Pertemuan sulung kedua pasukan ini pada pusingan pertama Liga Super 2023 menyaksikan ianya berpihak kepada Kedah, selepas Sang Kenari berjaya mengetepikan cabaran lawan menerusi keputusan penuh 1-0 di Alor Setar.

Untuk kem Terengganu, ianya bermula dengan sedikit perlahan serta tidak konsisten selepas corak permainan ditampilkan oleh Tomislav Steinbruckner serta kualiti permainan beberapa bintang tidak seperti diharapkan oleh penyokong.

Kedah pula, segelintir penyokong kini mula melihat angin perubahan baharu yang ditampilkan oleh Nafuzi, selepas segalanya kini bertambah positif di segenap posisi berbanding musim-musim lalu.

Untuk aksi malam ini, dijangka beberapa perubahan mungkin dilakukan oleh pasukan pelawat terutama sekali membabitkan posisi utama serangan mereka.

Sebelum itu, Kedah mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ lebih awal bersama bekas penyerang import mereka iaitu Willian Lira dengan posisi tersebut kini digantikan oleh Ifedayo Olusegun.

Walaupun begitu, Ifedayo dilaporkan tidak dapat beraksi untuk perlawanan menentang Terengganu kerana jendela perpindahan kedua pemain bakal dibuka pada 5 Julai ini.

Maka tugas tersebut pastinya akan diisi oleh satu lagi penyerang import Kedah yang masih lagi dikekalkan iaitu Jonathan Balotelli untuk aksi bertemu Sang Penyu.

Musim ini Balotelli dilihat berjaya memberi impak besar di posisi serangan Kedah, walaupun beliau bermula di bangku simpanan untuk dimasukkan pda separuh masa kedua.

Tidak seperti Lira, pemain ini berjaya menghidupkan posisi serangan Kedah menerusi kerajinan beliau untuk membuka ruang serta bijak mencipta tekanan-tekanan tinggi kepada pertahanan lawan.

Daripada 14 perlawanan semasa dilalui Balotelli, penyerang tinggi lampai ini berjaya meledak empat gol secara keseluruhan dan dua kali diturunkan dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Super.

Pastinya Kedah mengharapkan kepada Balotelli sepenuhnya untuk aksi malam ini bagi memecahkan tembok kebal Terengganu bagi memburu tiga mata seterusnya untuk aksi Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN