Faktor Dendam Jadi Pembakar Semangat Arsenal Benam Newcastle

Arsenal

Kemenangan 2-0 yang diraih oleh Arsenal ke atas Newcastle United semalam sebenarnya adalah bermotifkan dendam yang mendalam.

Itulah yang diakui oleh pengendali The Gunners iaitu Mikel Arteta selepas menyaksikan skuadnya terus mencabar Manchester City dalam usaha meraih gelaran Premier League.

Arsenal semalam menang 2-0 hasil jaringan Martin Odegaard dan gol sendiri Fabian Schar pada separuh masa kedua dalam perlawanan yang panas dengan aksi-aksi fizikal kedua-dua pasukan.

Tunjuk tayangan video

Arteta mendedahkan yang sebelum aksi menentang Newcastle itu, beliau telah menayangkan semula video pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan pada musim lalu kepada para pemainnya..

Kekalahan pada musim lalu di St. James’ Park dengan jaringan kemenangan yang sama semalam telah menjadi pembakar semangat The Gunners bagi membolehkan cabaran menjulang Premier League masih terbuka.

“Kami perlu rasakannya, cakap saja tak cukup, kami perlu saksikannya dan perlu ingat setiap muka yang ada. Bukan sekadar untuk pemain, tetapi apa yang buat staf kelab juga. Itulah bola sepak.

“Kita boleh menang atau kalah satu-satu perlawanan bola sepak itu tetapi perasaan yang kita tidak melakukannya dengan baik pada hari tersebut, kita perlu betulkan.

“Saya lihat semula video tersebut dan saya tak nampak wajah mereka. Anda perlu jadi genius untuk melihatnya.

“Kata kuncinya adalah ‘sakit’ dan keinginan untuk membalas dendam, dan itulah yang saya nampak dalam diri mereka,” kata Arteta selepas perlawanan.

Ironinya, kemenenangan Arsenal menyerupai kekalahan mereka pada musim lalu apabila tewas dengan jaringan yang sama serta gol yang dihasilkan salah satunya adalah dari pemain sendiri.

Bruno Guimaraes menjaringkan gol untuk The Magpies pada perlawanan tersebut serta Ben White menyumbangkan jaringan untuk pihak lawan.

Tugas Arsenal memang sukar menantikan baki perlawanan Premier League sambil mereka perlu mengharapkan Manchester City keciciran mata.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN