Reaksi Rashford Ketika Melihat Aksi ‘Dungu’ De Gea Curi Perhatian Peminat

Reaksi Marcus Rashford ketika melihat David de Gea melakukan kesilapan dungu dalam aksi kekalahan 1-0 Man United di tangan West Ham United pagi tadi mecuri perhatian peminat.

Rashford menunjukkan reaksi yang sama seperti para penyokong Man United ketika melihat De Gea melakukan kesilapan dan semua pihak faham tentang apa yang dirasakan oleh pemain penyerang itu.

Walaupun sedang mendahului carta penjaga gol yang mencatatkan clean sheet terbanyak, namun tidak dapat dinafikan lagi yang De Gea sepanjang musim ini tidak konsisten dalam mempamerkan aksi persembahan terbaiknya.

https://twitter.com/manisfIo/status/1655283345008279558?s=20

Kedunguan De Gea juga sebenarnya menjadi punca Man United tersingkir dari saingan Europa League bulan lalu dan aksi beliau dalam perlawanan tersebut dianggap yang paling teruk dipersembahkan oleh penjaga gol itu sepanjang musim ini.

Bahkan selepas tamat perlawanan itu, peminat sudah mula memperdebatkan adakah beliau berhak ditawarkan kontrak baru atau beliau perlu segera meninggalkan kelab.

Hari ini, Man United turun dengan misi mahu menewaskan West Ham dan mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas dalam carta saingan Premier League.

Man United perlu menang dalam perlawanan yang dilangsungkan di London Stadium itu dalam usaha mereka mahu menutup ruang untuk Liverpool layak ke saingan Champions League musim depan.

West Ham sendiri turut sangat terdesak mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini dek kerana mereka mahu terus menjarakkan diri dari zon penyingkiran.

https://twitter.com/UTDCJ_/status/1655285515095277569?s=20

Pasukan pelawat sebenarnya terlebih dahulu berpotensi untuk menjaringkan gol sebelum kesilapan De Gea berjaya menghadiahkan gol penting untuk pasukan tuan rumah.

Selepas tamat perlawanan tersebut, tular sebuah video yang menunjukkan reaksi bagaimana kecewanya Marcus Rashford ketika melihat aksi dungu dari De Gea itu.

Selain menunjukkan reaksi yang sangat kecewa itu, Rashford turut sempat memberi pandangan kekecewaan kepada pengurusnya dan peminat faham apa yang dirasakan oleh bintang England itu.

Peminat sangat tertarik melihat reaksi dari Rashford itu dan rata-rata komen pada video itu menjelaskan yang mereka memahami apa yang dirasakan oleh Rashford.

De Gea tidak dinafikan lagi yang beliau sememangnya antara pemain paling berjasa dalam skuad Man United pada ketika ini.

Beliau antara nadi penting sebalik perjuangan Man United dalam mengharungi era kegelapan mereka selepas berakhirnya era Sir Alex Ferguson.

Pemain berusia 32 tahun itu turut berjaya memenangi anugerah pemain terbaik tahunan kelab pada tahun 2014 dan 2018.

Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan juga yang De Gea juga turut kerap melakukan kesilapan-kesilapan dungu yang pada akhirnya merugikan Man United.

Kekurangan beliau dari segi kemampuan kawalan bola dan fizikal beliau menjadi antara punca mengapa De Gea sering pamer aksi dungu sebagai penjaga gol Man United sejak kebelakangan ini.

Selepas mencatatkan dua kekalahan secara berturut-turut, Man United jelas sekali perlu segera bangkit dalam usaha mereka untuk mengesahkan tempat layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN