‘Dah Menang Piala Ke?’ – Penyokong Hentam Brighton Kerana ‘Beriya’ Rai Kemenangan Ke Atas Man United

Penyokong Manchester United meluat dan bengang melihat kem Brighton yang dikatakan terlalu berlebih-lebih dalam meraikan kejayaan mereka menewaskan Red Devils awal pagi tadi.

Brighton berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Manchester United awal pagi tadi hasil gol minit-minit akhir permainan menerusi sepakan penalti.

Para pemain meraikan kemenangan tersebut dengan sangat meriah terutama di bilik persalinan mereka dan hal itu sama sekali tidak disenangi oleh para penyokong Man United.

Brighton meneruskan misi mereka untuk memburu kedudukan empat teratas dalam carta saingan Premier League selepas kejayaan mereka menewaskan Man United awal pagi tadi.

Perlawanan yang awalnya dijangka akan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Brighton selepas mereka memenangi sepakan penalti pada minit akhir permainan.

Dengan perlawanan sebenarnya sudah hampir tamat, Luke Shaw tampil menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah selepas beliau didakwa menahan bola menggunakan tangannya.

Perlawanan ketika itu tetap diteruskan dan sebaik bola keluar dari kawasan permainan, pengadil segera merujuk VAR dan hasilnya beliau telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Brighton.

Alexis Mac Allister tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut, seterusnya mengesahkan kemenangan 1-0 berpihak kepada skuadnya.

Selepas tamat perlawanan tersebut, para pemain dari skuad The Seagulls itu meraikan kejayaan mereka menewaskan Man United di dalam bilik persalinan mereka.

Video keraian mereka tular di media sosial dan hal itu tidak disenangi oleh para penyokong Man United yang merasakan keraian itu terlalu bersungguh-sungguh.

“Adakah keraian ini hanya kerana mereka tewaskan Man United? adakah itu pencapaian terbaik mereka?”

“Mana Piala? saya tak nampak piala pun dalam bilik persalinan itu. Adakah mereka sembunyikan di tempat lain?”

“Adakah mereka sudah memenangi gelaran Premier League atau menang Piala apa-apa?”

“Kejayaan yang hebat, dapat tewaskan Man United, tapi tak perlu berpesta begitu hanya untuk meraikan kemenangan dalam perlawanan liga, ini bukan perlawanan akhir dalam apa-apa pertandingan.”

“Mereka berpesta seolah-olah liga sudah habis dan mereka dah sah bergelar juara.”

Bercakap selepas tamat perlawanan tersebut, Mac Allister menjelaskan kepada Sky Sports bahawa:

“Agak mudah dan selesa untuk bermain dalam skuad ini. Cara kami bermain sangat bagus, rakan sepasukan saya sungguh menakjubkan. Semuanya kerana mereka juga. Saya sangat berbangga dapat bermain bersama mereka dan mereka sentiasa membantu saya untuk menjadi pemain yang lebih bagus.”

“Mereka tahu saya suka untuk diberi peluang menjaringkan gol. Sudah tentu saya sedikit gugup. Saya sentiasa gembira setiap kali saya berpeluang untuk jaringkan gol, jadi saya sangat gembira bagi pihak pasukan.”

Brighton akan kembali memulakan aksi mereka dalam saingan Premier League pada hari Isnin ini untuk bertemu pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran, Everton.

Manchester United sementara itu perlu mempersiapkan diri mereka untuk bertemu West Ham United nanti dengan mereka sangat terdesak mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Seandainya mereka tewas lagi, maka United secara tak langsung sudah membuka ruang yang sangat selesa untuk Liverpool pintas mereka, seterusnya merampas kedudukan untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN