Kevin de Bruyne Puji ‘Assist’ Berkelas Dunia Pemain Muda Kelantan

Kevin de Bruyne seperti diketahui ramai merupakan antara pemain tengah paling mencuri tumpuan sejak beberapa tahun ini, menerusi kualiti dipamerkan beliau di atas padang.

Bersama Manchester City, De Bruyne menjadi salah satu pemain paling penting bawah kendalian Pep Guardiola serta sering menjadi faktor utama pasukan tersebut untuk mendapatkan gol.

Menerusi visi, kualiti hantaran, serta kreativiti menjadikan pemain kebangsaan Belgium itu sebagai seseorang yang sangat lengkap di posisi tengah serta menjadi dambaan semua pasukan seluruh dunia.

Salah satu perkara paling ikonik mengenai De Bruyne ialah bantuan jaringan beliau ketika ini yang sangat tinggi dalam saingan English Premier League (EPL) dan hantaran beliau tidak pernah mengecewakan mana-mana penyerang untuk disudahkan dalam bentuk gol.

Terbaharu, pemain ini hadir dalam satu segmen bawah kelolaan Astro untuk menilai video-video bantuan gol berkualiti dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Daripada empat klip video yang ditampilkan, de Bruyne menganggap ‘assist’ daripada pemain muda Kelantan iaitu Ikhwan Yazek sebagai paling terbaik menerusi kualiti dipamerkan bintang muda itu.

“Ini yang paling menarik, ianya turut dibantu dengan penyerang sangat baik sekali. Ini kerana bila anda meletakkan situasi satu lawan satu antara penyerang dan penjaga gol, anda melakukan tugas dengan sangat hebat kerana anda tak boleh meletakkan mereka dalam posisi itu dengan berlebihan.

“Saya memilih bantuan gol tersebut kerana cara beliau membuat hantaran antara pertahanan dan penjaga gol dan ia membuatkan segalanya menjadi mudah buat penyerang untuk meledak gol,” jelas De Bruyne.

Bantuan gol tersebut terhasil ketika perlawanan membabitkan Kelantan bertemu Kuala Lumpur City di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dengan ianya disudahkan oleh Fazrul amir pada penghujung separuh masa pertama.

Ianya pasti menggembirakan penyokong Kelantan selepas pasukan tersebut musim ini dilanda pelbagai kontroversi di atas serta luar padang dengan cerita tidak begitu enak.

Pemain yang menerima pujian iaitu Ikhwan Yazek pastinya menjadi individu paling gembira selepas aksinya mendapat pujian daripada pemain ternama dunia.

Pada usia 22 tahun, pemain ini masih mempunyai perjalanan yang jauh untuk menempa nama dalam arena bola sepak termasuk cuba mengintai peluang mewakili skuad kebangsaan.

Selain menilai bantuan gol daripada Ikhwan Yazek, ada tiga lagi klip video pasukan Liga Super membabitkan pemain lain iaitu Habib Haroon, Fernando Forestieri, serta Wan Zack Haikal turut mendapat perhatian De Bruyne.

Walaupun begitu, hanya ‘assist’ daripada Forestieri sahaja dianggap biasa dan tidak ada apa-apa yang menarik pada pandangan pemain tengah tersebut.

“Oh hantaran lintang, saya rasanya ianya okay  dan tiada apa yang istimewa. Cuma saya rasa penyerang melakukan banyak perkara dan saya anggap ianya okay,” tambah De Bruyne.

Sumber:
Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN