Faisal Halim: “Saya Rasa Peluang Untuk Kita Menang Memang Sukar”

Aksi terakhir Malaysia untuk saingan Piala Asia 2023 bagi peringkat Kumpulan E sememangnya dianggap paling mencuri tumpuan ketika ini, walaupun pasukan kebangsaan secara rasminya tidak lagi layak ke pusingan 16 terbaik.

Malaysia yang ketika ini merekodkan dua kekalahan berturut-turut kepada Jordan dan Bahrain bakal berdepan aksi terakhir mereka pada Khamis ini dengan menentang Korea Selatan.

Atas kertas, peluang untuk Malaysia mencipta kemenangan sememangnya sangat sukar jika dilihat pada jurang ranking serta prestasi mereka di saingan antarabangsa.

Namun, ianya tetap dianggap sebagai suatu peluang buat skuad kendalian Kim Pan-gon sebenarnya untuk cuba mencuri walau satu mata daripada pasukan lawan sebagai bekalan sagu hati sebelum mereka pulang ke Malaysia.

Apatah lagi kedudukan ranking Malaysia juga kini menyaksikan mereka berada di kelompok 130 dunia sedangkan Korea Selatan gah pada tangga ke-23 dunia bersama rekod cukup baik.

Malah, Korea Selatan kini juga turut dibintangi dengan limpahan pemain-pemain terbaik mereka seperti Son Heung-min, Kim Min-jae, Lee Kang-in serta ramai lagi di segenap posisi bawah kendalian Jurgen Klinsmann.

Tetapi, para pemain negara sebelum ini juga dilaporkan tidak akan memberi jalan mudah buat Korea Selatan untuk meraih kemenangan bagi mengatasi Malaysia.

Menurut Faisal Halim, beliau sendiri sedar akan cabaran getir bakal dihadapi mereka pada perlawanan tersebut dengan berhdapan juara dua kali Piala Asia itu.

Jelas pemain sayap lincah tersebut, tiada siapa suka akan kekalahan dan pasukan kebangsaan akan cuba beri terbaik untuk membanggakan nama Malaysia.

“Apa jadi sekali pun dengan Korea Selatan ini kita kena bagi yang terbaik. Takkan kita nak balik dengan gol yang banyak, sekurang-kurangnya kita bekerja lebih dua atau tiga kali ganda untuk berdepan mereka.

“Bukan perlawanan yang mudah, kita lawan pasukan Piala Dunia dan saya berasa peluang untuk kita menang memang sukar. Sekarang atas kertas kita kalah, tapi sebagai pemain tiada siapa pun nak kalah.

“Apabila anak saya hubungi saya, dia tanya ‘Daddy’ kenapa kalah, saya sebagai ayah apa yang saya nak jawab dekat anak saya. Jadi saya sebagai pemain pun terkesan dengan kekalahan,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, impian Faisal untuk cuba mendapatkan gol di pentas Asia itu masih lagi belum terpadam dan beliau mengimpikannya untuk aksi seterusnya jika diberi peluang beraksi.

“Sudah tentu setiap perlawanan saya nak jaringkan gol. Semasa lawan Bahrain pun saya ada peluang untuk menjaringkan gol, tetapi saya nampak ada ruang lebih baik dimiliki Paulo (Josue) pada malam itu.

“Namun, apabila saya tengok video itu semula, saya berasa mampu buat rembatan. Bagaimanapun situasi pemain dalam padang lain dan (situasi) orang yang tengok dekat TV lain,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN