6 Pemain Dari Saingan England Bakal Hiasi Aksi Indonesia Bertemu Jepun

Aksi terakhir Piala Asia 2023 Kumpulan D membabitkan Indonesia bertemu Jepun bakal berlangsung hari ini dengan Sang Garuda mempunyai misi tersendiri untuk cuba mencipta kejutan.

Apa tidaknya, skuad kendalian Shin Tae-yong sebelum itu telah pun merekodkan kemenangan sulung mereka untuk mengatasi salah satu gergasi Asia Tenggara, Vietnam bersama persembahan cukup memukau.

Pada masa sama, Jepun juga sudah tentu ingin melakar kebangkitan selepas mereka merekodkan kekalahan mengejut di tangan Iraq lalu untuk kembali mencipta kemenangan menentang Indonesia.

Untuk aksi hari ini, kedua pasukan masing-masing memiliki pemain yang masih lagi aktif beraksi di England bersama kelab masing-masing di pelbagai divisyen.

Berikut merupakan enam pemain yang ketika ini masih aktif beraksi di England dan mewakili pasukan kebangsaan masing-masing selaku antara tonggak penting.

Kaoru Mitoma (Jepun)

Sehingga kini, Mitoma masih lagi belum dapat dibawa turun beraksi ekoran kecederaan dialami beliau sebelum menyertai kem kebangsaan untuk saingan Piala Asia 2023.

Mitoma merupakan antara tonggak penting buat Brighton & Hove Albion dan beraksi selaku pemain sayap kiri utama pasukan berkenaan.

Tampil sebagai antara pemain memiliki tahap kecerdasan cukup tinggi serta klinikal di hadapan gol, dijangka Mitoma masih lagi tidak dapat dibawa turun beraksi kerana dihantui siri kecederaan.

Wataru Endo (Liverpool)

Endo merupakan salah satu tonggak penting buat Jepun dan kini beliau merupakan sebahagian daripada keluarga besar Liverpool dalam saingan English Premier League (EPL).

Pemain beraksi di posisi tengah bertahan itu memiliki kualiti permainan cukup menyakinkan daripada segi penguasaan bola serta tahap kesedaran tinggi akan ancaman daripada serangan lawan.

Lebih menarik, Endo masih segar akan kejayaan beliau untuk meledak gol ketika aksi membabitkan Jepun ketika menentang Iraq beberapa hari lalu.

Yuta Nakayama (Jepun)

Pertahanan Jepun ini masih lagi belum diberi peluang untuk beraksi sejak dua perlawanan lalu dengan hanya sekali didaftarkan pada bangku simpanan ketika menentang Iraq.

Yuta merupakan pemain yang masih lagi aktif di England untuk mewakili Huddersfield dalam saingan EFL Championship dan menyertai kelan tersebut pada tahun 2022.

Berkemungkinan Yuta bakal diberi peluang untuk beraksi pada aksi hari ini jika kejurulatihan kelab tersebut ingin membuat sistem penggiliran pemain dengan lebih banyak.

Takehiro Tomiyasu (Jepun)

Tomiyasu merupakan antara pemain Jepun cukup terkenal di England, selepas beliau tampil menyakinkan bersama Arsenal bawah kendalian Mikel Arteta.

Tomiyasu setakat ini telah pun diberi peluang beraksi sebanyak satu kali ketika aksi lalu menentang Iraq selaku pemain gantian di separuh masa kedua.

Berperanan selaku pertahanan kiri, Tomiyasu memiliki kekuatan fizikal cukup baik untuk menghadapi mana-mana serangan lawan serta mampu memberi sumbangan buat serangan dari bahagian sisi.

Elkan Baggott (Indonesia)

Tonggak utama Indonesia ini merupakan pemain paling penting buat Sang Garuda sepanjang beliau berada bawah kendalian Shin Tae-yong untuk berpasangan bersama Jordi Amat.

Baggott ketika ini menjadi satu-satunya pemain Indonesia yang kini beraksi dalam saingan Championship di England bersama Ipswich Town.

Kelebihan pemain tersebut daripada segi ketinggian serta pengalaman menjadikan dirinya sebagai aset penting pada aksi hari ini untuk berdepan cabaran Jepun.

Justin Hubner (Indonesia)

Seorang lagi pemain warisan Indonesia yang baharu saja didaftarkan ini merupakan salah satu tonggak utama buat Wolverhampton Wanderers dalam saingan Premier League 2.

Justin sudah pun diberi peranan untuk beraksi sebanyak dua kali ketika ini dalam saingan Piala Asia 2023 bersama corak permainan cukup menyakinkan.

Pada usia 20 tahun, beliau menjadi antara pemain Indonesia termuda menyertai saingan tersebut serta menampilkan aksi cukup matang di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN