Bekas Rakan Sepasukan Nooa Laine Rasmi Sertai JDT

Bekas rakan sepasukan pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine iaitu Murilo Henrique de Araujo Santos secara rasminya menjadi rekrut terbaharu JDT untuk saingan hadapan.

Laporan itu dikeluarkan sendiri oleh Johor Southern Tigers (JST) yang memperkenalkan pemain tersebut menerusi klip video mereka pada beberapa jam lalu.

Murilo yang berperanan selaku pemain pertahanan kiri itu dilihat sebagai aset terbaharu buat pasukan berkenaan yang ingin menambah kekuatan di posisi tersebut selain Corbin Ong.

Pemain dari Brazil itu mula mencipta karier Rio Ave FC sebelum menyertai Varzim SC B di Portugal selama beberapa musim.

Kemuncak pada karier Murilo pastinya ketika beliau menyertai SJK Seinajoki di Finland untuk menjadi rakan sepasukan kepada Nooa Laine serta beraksi bersama menentang banyak kelab terkemuka dunia.

Secara keseluruhan, Murilo sudah pun beraksi sebanyak 36 penampilan sebelum ini bersama SJK Seinajoki dan turut bermain satu perlawanan pada aksi Europa League.

Penyertaan Murilo bersama JDT menjadikan beliau sebagai pemain import ketiga terbaharu telah diperkenalkan secara rasmi oleh pasukan berkenaan untuk saingan musim hadapan.

Kelebihan beliau yang sudah pun pernah beraksi di Eropah sebelum itu menjadikan dirinya selaku aset berguna buat JDT yang turut akan mengharungi saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim hadapan.

Selain menandatangani khidmat Murilo, JDT sebelum itu turut menandatangani dua lagi pemain di posisi tengah iaitu Jalil Elias serta Francisco Geraldes.

Kedua pemain tersebut juga memiliki profil cukup tinggi serta bakal menjadi aset terbesar buat JDT terutama sekali untuk mengukuhkan penguasaan tengah mereka dalam aksi domestik serta antarabangsa.

Jalil menjadi pemain pertama pada tahun ini untuk menyertai JDT selepas beberapa laporan terdahulu telah pun mengaitkan bintang dari Argentina ini bersama pasukan tersebut di media sosial.

Geraldes yang berasal dari Lisbon, Portugal bukan satu nama yang calang-calang diikat JDT kerana pemain tersebut memiliki reputasi tersendiri di saingan Eropah.

Pemain berusia 28 tahun itu memulakan karier beliau bersama Sporting Lisbon di mana kelab itu turut berjaya melahirkan bintang sensasi dunia iaitu Cristiano Ronaldo.

Selepas itu, Geraldes juga turut menyertai beberapa pasukan ternama di Eropah seperti Eintracht Frankfurt, AEK Athens, Estoril, dan Baniyas sebelum sah menyertai JDT untuk saingan hadapan.

Beroperasi di posisi tengah, Geraldes mempunyai kreativiti sangat tinggi untuk membuka serangan menerusi kualiti visi beliau selain mampu mencipta kombinasi permainan pantas bersama rakan sepasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN