Faisal Halim: “Minta Maaf Rakyat Malaysia, Kami Sudah Berjuang Sehabis Baik”

Pemain sayap negara, Faisal Halim jelas kecewa selepas pasukan negara tersingkir dalam aksi separuh akhir kepada tuan rumah, Thailand bagi pusingan separuh akhir Piala AFF 2022.

Bagi dirinya, setiap pemain sudah memberikan yang terbaik namun rezeki tidak memihak kepada pasukan negara kali ini, dan beliau akui Thailand berada di tahap terbaik.

“Kepada rakyat Malaysia kami seluruh pasukan memohon maaf kerana tidak dapat melangkah ke perlawanan akhir. Kami sudah lakukan yang terbaik dan telah berkorban masa demi negara,” ujarnya.

Selaku ketua pasukan negara dalam perlawanan tersebut, beliau mengakui dirinya tetap berbangga dengan semua para pemain kebangsaan kerana berjaya mara sehingga separuh akhir.

Menurut Faisal, perubahan taktikal tersebut adalah sebahagian daripada perancangan dalam menghadapi perlawanan ini.

Namun ia kurang menjadi selepas apa yang dirancang serta gol pertama tersebut sepatutnya tidak boleh dilepaskan kepada lawan kerana ia telah memberi tekanan kepada mereka sendiri.

Tambahnya, pemain yang ada dalam skuad ini bukan untuk pergi ke peringkat lebih tinggi tetapi mereka yang ada ini jika dibentuk dalam masa beberapa tahun akan datang, pasti akan tampil dengan gaya yang berbeza selain menjadi sebuah pasukan yang lebih kuat.

Hasrat pemain Malaysia untuk melangkah lebih jauh tidak kesampaian apabila tewas 1-3 secara agregat kepada Thailand di Stadium Thammasat.

Thailand dan Vietnam akan membuat perhitungan di pentas akhir dan skuad Gajah Perang pastinya mempunyai misi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN