Baru Sahaja Umum Persaraan, Gareth Bale Sudah Ditagih Kembali Dalam Dunia Bola Sepak

Belum pun reda mengenai berita persaraan bintang bola sepak dunia iaitu Gareth Bale, khidmat pemain ini kembali ditagih untuk berkhidmat dalam sukan tersebut pada masa akan datang.

Walaupun tidak lagi kembali selaku pemain bola sepak, Bale dikhabarkan sudah pun ditawarkan dalam tugasan lain yang akan membuka landskap baharu dalam kariernya kerana ada perkara lain beliau boleh sumbangkan dalam sukan tersebut.

Untuk rekod, bekas penyerang Wales ini telah pun meraih 18 kejuaraan sepanjang 17 tahun kariernya dan 16 daripada kejayaan itu hadir ketika Bale menyertai Real Madrid.

Perpindahan Bale ketika itu untuk menyertai Real Madrid menjadi hangat, selepas nilai kontrak beliau didedahkan sebanyak £86 juta pada tahun 2013 lalu.

Bersama skuad kebangsaan, Bale telah pun membantu pasukan tersebut untuk mara ke peringkat separuh akhir Euro 2016 dan menjadi individu penting bagi melayakkan Wales ke saingan Piala Dunia 2022 sejak kali terakhir mereka menyertai pada tahun 1958.

Malah beliau menjadi pemain tunggal yang meledak gol buat Wales ketika aksi tersebut berlangsung dan kini rekod jaringannya bersama skuad kebangsaan ialah 41 jaringan daripada 111 penampilan.

Menuju ke penghujung karier, magis Bale tidak lagi dirasai dan beliau berhijrah menyertai LA Galaxy di Amerika Syarikat untuk beraksi sebanyak 12 perlawanan serta membantu pasukan tersebut meraih satu kejuaraan.

Terbaharu, Pengurus Wales iaitu Robert Page dikhabarkan telah pun menawarkan Bale untuk kembali aktif bersama skuad kebangsaan.

Page menjelaskan setakat ini beliau telah menawarkan Bale untuk menyertai barisan kejurulatihan atau sebagai duta dalam misi Wales untuk melayakkan diri ke saingan Euro 2024.

“Saya sudah pun menghubungi beliau, tetapi saya masih suka jika Bale kembali dan terlibat bersama skuad kebangsaan atas kapasiti lain.

“Sehingga kini kami masih lagi belum menetapkan jawatan apa yang bersesuaian buat Bale pada masa akan datang.

“Ketika ini, Bale perlukan masa bersama keluarga dan cuba menyesuaikan diri untuk hidup normal daripada kebiasaan beliau selaku atlet.

“Tetapi kami akan cuba menghubunginya kembali pada masa akan datang untuk membincangkan langkah selanjutnya.

“Kami perlu memulakan langkah dengan segara kerana beliau ada terlalu banyak tawaran untuk dinilai.

“Kehadiran Bale dalam bilik persalinan dan aura beliau di hotel menjadikan kami terus berminat untuk beliau membabitkan diri bersama skuad kebangsaan.

“Tetapi apapun, kami akan memberi ruang buat Bale dan keluarga terlebih dahulu untuk menentukan segalanya dan bersesuaian buat mereka. Tetapi saya rasa Bale mungkin berminat juga,” jelas Page menerusi Sportbible.

Pada masa sama, Page juga yakin Persatuan Bolasepak Wales (FAW) pastinya turut berminat untuk membabitkan Bale dalam skuad kebangsaan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN