“Tak Pernah Menyesal”- Kim Pan-gon Terus Setia Pertahankan Para Pemain Harimau Malaya

Ketika ini, segelintir para penyokong skuad kebangsaan dilihat mula menyalahkan pelbagai pihak atas kegagalan Harimau Malaya yang mencatat kekalahan di tangan Thailand sebelum itu.

Malaysia yang tampil dengan agak longlai dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat mencatat kekalahan 1-3 secara agregat kepada Thailand dan gagal untuk melakar kejutan mara ke final.

Menerusi kekalahan tersebut, beberapa penyokong negara di media sosial dilihat mula mengeluarkan pendapat masing-masing dengan ada yang menyalahkan sesetengah pemain kerana kurang berpuas hati.

Walaupun begitu, pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon terlebih dahulu tampil mempertahankan para pemain beliau sebaik sahaja perlawanan tamat.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran di Twitter beliau, Pan-gon jelas menghargai segala pengorbanan diberikan oleh para pemain demi kejohanan Piala AFF ini.

Menurut pengendali dari Korea Selatan itu, beliau tidak mahu berbicara mengenai prestasi para pemain selain menghargai usaha mereka yang tidak bercuti serta merindui keluarga masing-masing selama 50 hari ini.

Malah, pengendali tersebut juga tidak pernah merasa sesal dengan prestasi para pemain dan akan kembali mengkaji dimana mereka perlu memperbaikinya sebaik sahaja pulang ke tanah air.

“Kami kalah dalam perlawanan ini. Saya tak akan bercakap banyak mengenai prestasi para pemain Harimau Malaya. Saya menghargai diri mereka selepas mereka menolak cuti serta meninggalkan keluarga dalam tempoh hampir 50 hari.

“Terlalu banyak pengorbanan telah dibuat oleh para pemain. Ianya merupakan suatu perjalanan yang sangat indah.

“Kami tersungkur hari ini dan tidak layak untuk mara ke final. Kami akan berkemas untuk pulang dan menilai sendiri kesilapan yang telah dibuat.

“Saya tak pernah berasa sesal dengan mereka. Malam ini, mereka berlari umpama anjing yang mendengar arahan saya. Mereka berjuang sehingga penamat. Apa-apa masalah adalah di pihak saya,” jelas beliau.

Pada masa sama, beliau juga mengingatkan kepada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan persembahan skuad kebangsaan untuk menyerang dirinya tetapi bukan para pemain.

Pan-gon juga menyatakan selama beberapa minggu ini mereka telah pun bersatu hati dan tampil dengan sangat positif selain menggalakan antara satu sama lain.

“Taktikal, strategi, senarai utama, itu adalah masalah saya bukannya para pemain. Segala keputusan di tangan saya. Kamu boleh serang saya tetapi bukan pemain.

“Kami juga tidak boleh sentiasa berfikir. Pada lima minggu terakhir ini kami sentiasa bersatu dan berfikiran positif. Kami berbicara mengenai masa depan dan menggalakan antara satu sama lain.

“Anda semua perlu faham yang para pemain ini hadir ketika tiada tugasan dalam kalendar FIFA, kerana mereka ingin bermain untuk negara.

“Saya akan berdiri di hadapan para pemain ini dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya sendiri akan menghadapi serangan-serangan tersebut,” tambah Pan-gon dengan bersemangat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN