Faisal Halim Minta Maaf Dekat Nafuzi Zain Kalau Jaringkan Gol Lawan Kedah

Faisal Halim

Pemain Selangor, Faisal Halim telah meletakkan peringatan awal-awal kepada Kedah Darul Aman yang beliau akan menjadi titik bahaya kepada pasukan itu ketika mereka bertemu malam ini.

Menjelang aksi melibatkan Selangor dan Kedah di Kelana Jaya malam ini, pemain sayap kebangsan ini awal-awal lagi secara berseloroh berkata yang beliau minta maaf kepada pengendali Kedah iaitu Nafuzi Zain.

Kenapa pula? Kerana Faisal risau yang jika dirinya akan menjaringkan menentang Nafuzi dan Kedah malam ini.

“Sekiranya saya menjaringkan gol atau pasukan Selangor menang esok, saya minta maaf terlebih dahulu dekat Nafuzi,” kata Faisal menerusi laman rasmi Selangor.

Kenapa Faisal berkata sedemikian? Hal ini disebabkan Faisal menyimpan rasa hormat yang tinggi terhadap Nafuzi kerana jurulatih itu adalah individu yang bertanggungjawab memajukan permainan pemain sayap tersebut.

Ketika Faisal dan Nafuzi berada di Terengganu, kedua-dua bekerjasama dengan cukup baik hingga memberikan kesan positif kepada pasukan tersebut.

Puncaknya adalah pada musim lalu apabila Terengganu menjadi naib johan Liga Super dan Piala FA serta mara sehingga separuh akhir Piala Malaysia.

Oleh kerana itu, Faisal berasakan agar sukar untuk berdepan dengan seseorang yang begitu berjasa kepada pembangunan kariernya.

“Secara jujurnya saya rasa agak sukar untuk saya menghadapi perlawanan esok [malam ini] sebab ia bagaikan saya menentang Nafuzi sendiri, antara individu yang banyak membantu menaikkan nama saya dalam kancah bola sepak sebelum ini.

“Tetapi itulah bola sepak, sebagai pemain kita kena sentiasa profesional, saya akan berikan persembahan yang baik dan membantu pasukan untuk mendapatkan tiga mata penuh,” kata Faisal lagi.

Selangor pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan selepas membenam cabaran Perak tempoh hari di Ipoh.

Sementara Kedah juga ingin meneruskan perkara yang sama selepas membelasah Kelantan tempoh hari di Darul Aman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN