Faisal Halim Beri Sebab Hadiahkan Motorsikal Buat Derrick Gan

Penyerang lincah negara, Faisal Halim tidak mengambil masa yang lama bagi mengotakan janji beliau kepada peminat setia Harimau Malaya iaitu Derrick Gan untuk menghadiahkan beliau sebuah motorsikal baharu.

Terdahulu, tular seorang penyokong lelaki yang menangis di Qatar terakam menerusi siaran langsung membabitkan pasukan kebangsaan menentang Korea Selatan bagi perlawanan akhir Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E.

Menerusi satu laporan, lelaki bernama Derrick Gan itu merupakan salah seorang penyokong setia skuad kebangsaan dari Melaka dan bertindak untuk menjual motorsikal miliknya terdahulu demi menampung perbelanjaan ke Qatar demi memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya.

Giliran Faisal Halim Pula Mahu Hadiahkan Motorsikal Baharu Buat Derrick Gan

Kisah Derrick yang menjual motorsikal itu terus tular di Facebook sehingga ada individu terdahulu dilaporkan berminat untuk menaja yang bernama Ahmad Alhafiz Najmi.

Sehingga giliran Faisal pula tampil bekerjasama dengan Blast.Active untuk memberi motorsikal baharu kepada penyokong setia berkenaan.

“Blast Active dan Faisal Halim mencari insan ini untuk kami berikan moto baru kepada beliau. Siapa yang ada nombor beliau, mesej saya. Dia sampai je KL nak kasi motor baru terus,” kata laman tersebut di Instagram.

Sebelum Faisal, Modenas terlebih dahulu telah pun menghadiahkan beliau motorsikal baharu sebaik sahaja individu itu sampai di lapangan terbang hasil kerjasama bersama ERA.

Rezeki Derrick tidak cuma di situ, apabila beliau turut mendapat panggilan video istimewa daripada penjaga gol utama kebangsaan iaitu Ahmad Syihan Hazmi.

Mengulas kepada tindakan Faisal menghadiahkan motorsikal baharu kepada Derrick, pemain tersebut jelas terharu akan sokongan dibuat oleh Derrick buat pasukan kebangsaan di Qatar.

“Ketika di dalam bas, kami memang terharu bila tengok peminat menangis. Masa itu kami tidak tahu lagi dia jual motosikal.

“Sampai tahap macam itu untuk datang sokong Malaysia. Walaupun kami berikan perlawanan terakhir dengan persembahan terbaik, belum tentu dapat motosikal dia balik.

“Sebelum pulang ke tanah air, saya sudah membuat keputusan dan hubungi Blast. Sekurang-kurangnya peminat mendoakan kami lebih berjaya pada masa depan,” kata Faisal menerusi laporan dikeluarkan oleh Stadium Astro.

Selain Faisal, ada beberapa laporan lain menyatakan Derrick turut bakal mendapat motorsikal daripada beberapa individu yang turut terkesan akan sokongan dipamerkan oleh beliau khas buat pasukan kebangsaan sehingga tampil beremosi di stadium ketika aksi melibatkan Malaysia dan Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN