Hamidin: “Ini Bukan Pasukan Saya, Ini Untuk Malaysia”

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Haji Hamidin Mohd Amin tampil menyeru supaya semua pihak mampu memberi sokongan padu buat Harimau Malaya bagi aksi akan datang.

Malaysia bakal mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi peringkat Kumpulan D pada bulan Mac ini, selepas mereka sudah pun selesai mengharungi saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Jika saingan Piala Asia 2023, prestasi skuad kebangsaan tampil sedikit kurang menyakinkan selepas mereka berada di kedudukan paling bawah Kumpulan E.

Tetapi untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 pula menyaksikan Harimau Malaya kini sedang mendahului Kumpulan D menerusi kejayaan mereka menewaskan Kyrgyzstan serta Taiwan untuk mengumpul enam mata keseluruhan.

Jelas Hamidin, beliau selama ini hanya berada dalam organisasi FAM sebagai wakil semua untuk menjayakan sistem menjadi lebih teratur dengan menyatakan skuad kebangsaan adalah milik Malaysia.

“Ini bukan pasukan saya. Ini pasukan untuk semua, untuk Malaysia, betul tak. Saya hanya berada dalam sistem untuk memastikan pasukan ini berjaya,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Hamidin mengakui beliau dan pengendali negara iaitu Kim Pan-gon sesekali tidak pernah menyalahkan para pemain dan menjelaskan faktor keharmonian sebagai formula kejayaan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Menurut beliau, mereka tidak boleh meletakkan sebarang kesalahan kepada para pemain kerana ia hanya akan memberi kesan negatif buat keharmonian pasukan.

“Bila kita kalah jangan salahkan mana-mana (pemain). Saya punya kenyataan konsisten (tidak menyalahkan pemain), bila kalah kepada Tajikistan sebelum ini (di final Pestabola Merdeka, Oktober tahun lalu), pemain agak gembira.

“Saya fikir ini bukan masa kenapa Arif Aiman (Hanapi) tak jaringkan gol…mengapa bocor dan mengapa Syihan (Hazmi) tak halang. Dalam bola sepak bila kalah adalah disebabkan kelemahan kita, tapi kita perlu pandang secara keseluruhan.

“Pasukan ini perlu kembali balik (bangkit), dan kita bukan hanya asyik menang sahaja, ada masa kita kalah. Jadi kita kena bangkit balik dan semua pihak kena sokong pasukan,” katanya lagi.

Pasukan kebangsaan kini telah pun tiba di Malaysia dari Qatar dengan membawa catatan untuk mendapat satu mata bersama tiga jaringan daripada tiga perlawanan dihadapi di sana.

Kejayaan mereka pada aksi terakhir untuk mengikat gergasi Asia menerusi keputusan seri 3-3 menjadikan Malaysia kini mula mendapat lebih banyak perhatian pemerhati bola sepak di seluruh dunia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN