Fadhli Shas Puas Hati Lihat Persiapan Semasa Sri Pahang

Pertahanan utama Sri Pahang iaitu Fadhli Shas tampil berpuas hati dengan persiapan semasa yang sudah dilakukan oleh beliau bersama Sri Pahang ketika ini sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula.

Terdahulu, Sri Pahang menjadi antara pasukan yang terawal membuat persiapan daripada segi pengenalan pemain yang dikekalkan, tonggak baharu ditandatangani, serta latihan pramusim.

Hadir di kedudukan kelima terbaik pada musim lalu, pastinya pelbagai persiapan rapi dibuat Fandi Ahmad bersama staf kejurulatihan lain untuk terus memberi gambaran positif khas buat peminat Tok Gajah.

Apatah lagi, Sri Pahang juga turut diperkuatkan oleh beberapa muka baharu yang dianggap mampu untuk mencipta elemen kejutan ketika berhadapan kelab lain musim ini.

Melihat kepada perjalanan semasa Sri Pahang, jelas Fadhli melaungkan kepercayaan tinggi pasukan diwakilinya itu mampu mempamerkan aksi lebih baik di pentas domestik musim ini terutama dalam saingan Liga Super.

Menerusi kemasukan para pemain baharu bersama Sri Pahang musim ini, jelas ia semakin menambah keyakinan buat pasukan itu daripada segi kekuatan semasa berbanding tahun lalu.

“Namun, fokus utama kami ialah untuk membentuk persefahaman dan keserasian dengan gandingan pemain lama dan baharu pada musim baharu ini.

“Saya gembira kerana persediaan Sri Pahang musim baharu ini dilihat lebih mantap dan mengharapkan pencapaian terbaik mampu dilakukan bagi saingan Liga M, khususnya Liga Super.

“Oleh itu, kami mengharapkan sokongan padu daripada peminat Tok Gajah,” kata Fadhli yang beraksi selaku pertahanan kental buat Sri Pahang menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Setakat ini, Sri Pahang sah menandatangani enam pemain import dengan tiga daripadanya merupakan tonggak utama yang dikekalkan pada musim menerusi kualiti dipamerkan mereka.

Kpah Sherman, Kuvondik Ruziev, serta Stefano Brundo menjadi pemain import pada tahun lalu yang dikekalkan oleh staf kejurulatihan Tok Gajah ekoran aksi positif dipamerkan mereka buat pasukan tersebut dalam siri perlawanan dihadapi.

Selain itu, mereka juga turut memperkenalkan tiga muka baharu iaitu Mykola Ahapov selaku penyerang, Aleksandar Cvetkovic di posisi pertahanan, serta bekas pemain sayap Kedah Darul Aman (Kedah), Manuel Hidalgo dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak hanya bersandarkan tonggak import dan tempatan, pasukan itu turut diperkuatkan oleh pemain serangan naturalisasi kelahiran Argentina iaitu Sergio Aguero serta bekas perancang Harimau Malaya, David Rowley.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN