Cesc Fabregas semalam telah memberikan respon yang agak panas kepada seorang pengguna twitter. Fabregas berkongsi satu kiriman koleksi jersi-jersi beliau sepanjang bermain bola sepak.
Namun keadaan menjadi panas apabila pengguna twitter – Marcos Brenton – penyokong Arsenal – telah memperlekehkan Fabregas dengan menuduh pemain itu sanggup meninggalkan Arsenal demi untuk menjadi pemanas bangku simpanan di Barcelona.
Fabregas merupakan pemain akademi La Masia. Pada usia 16 tahun beliau berhijrah ke Arsenal dan sangat cepat membangun menjadi pemain utama Arsenal.
Pada usia 21 tahun, Fabregas telah dinamakan sebagai kapten Arsenal. Namun tidak lama selepas itu, beliau telah meminta untuk dijual ke Barcelona – yang berminat mendapatkan beliau kembali.
Fabregas kembali ke Barcelona pada usia 23 tahun selepas membantu Arsenal menjuarai Piala FA. Ketika di Barcelona beliau bergelut untuk menjadi pemain kesebelasan utama setiap minggu. Pada era Guardiola, Barcelona berpaksikan trio tengah Busquets-Iniesta-Xavi.
Fabregas bertanya kepada peminatnya tentang jersi yang pernah disarungnya: “Mana satu yang memberikan anda kenangan terindah.”
Which one brings you the best memories? ⚪️🔴🔵 pic.twitter.com/igYymdgpMG
— Cesc Fàbregas Soler (@cesc4official) June 10, 2019
Brenton telah membalas: “[Jersi] Yang kamu menjadi kapten Arsenal. Kamu ‘gadaikannya’ untuk semata-mata mahu duduk di bangku simpanan Barcelona.”
Fabregas menjadi agak panas dengan kenyataan itu dan beliau membalas dengan berkata: “Saya menjadi kesebelasan utama dalam 121 daripada 151 perlawanan yang saya bermain. Saya menang 6 piala, saya menjaringkan gol dalam 2 perlawanan final, pernah memenang liga dengan 100 mata selepas bermain 36 perlawanan, 43 gol serta 47 bantuan gol, tetapi, oh ya, bagus.”
Sebagai rekod, Fabregas berjaya memenangi La Liga, Copa Del Rey, serta 2 Supercoppa Espana, UEFA Super Cup dan Piala Dunia Kelab.
Barcelona kemudian menjual beliau ke Chelsea dan memenangi 2 EPL, 1 Piala FA dan 1 Piala Liga dengan The Blues.
Pada Januari 2019, beliau menyertai AS Monaco – ketika itu Thierry Henry menjadi pengurus.