Quantcast

BERITA

Kepa Arrizabalaga Akui Terkejut Dapat Kepercayaan Berterusan Kawal Gawang Sepanyol

Penjaga gol, Kepa Arrizabalaga mengakui bahawa beliau terkejut kerana diberi kepercayaan bagi mengawal gawang Sepanyol buat kali ketiga berturut-turut.

Kepa diturunkan pada perlawanan pagi semalam bertemu Sweden yang menyaksikan Sepanyol menang 3-0 di Santiago Bernabeu.

Pada dua perlawanan terdahulu peringkat kelayakan kumpulan F Kejuaraan Eropah 2020 iaitu ketika bertemu Malta (bulan Mac) dan Kepulauan Faroe, 8 Jun lalu, Kepa turut menjadi pilihan Luis Enrique berbanding penjaga gol utama, David De Gea.

Keadaan itu memberikan gambaran jelas kedudukan De Gea selaku penjaga gol utama Sepanyol kian tergugat.

”Saya sangat terkejut kerana ia tidak seperti kebiasaan sebelum ini. Saya tidak pernah beraksi dua perlawanan berturut-turut bersama Sepanyol.”

VILLAREAL, SPAIN – JUNE 03: Kepa Arrizabalaga and David de Gea (R) of Spain warm up during the International Friendly match between Spain and Switzerland at Estadio de La Ceramica on June 3, 2018 in Villareal, Spain. (Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

”Sekiranya saya menambah satu perlawanan sebelum ini, ia sudah menjadi tiga perlawanan. Saya sangat gembira.”

”Saya mahu untuk terus bekerja seperti saya lakukan ketika ini, melakukan yang terbaik bersama kelab untuk memastikan keyakinan jurulatih. Sesiapa ┬ásahaja yang beraksi akan melakukannya dengan cukup baik.”

Perkembangan ini bagaimanapun dilihat dapat memberikan kelebihan buat Sepanyol kerana skuad ‘La Furia Roja’ itu memiliki dua penjaga gol yang cukup berkualiti.

Kepa yang pernah mencuri tumpuan ketika aksi final Piala Carabao tempoh hari kelihatan semakin meningkatkan prestasinya dan menjadi antara watak utama Chelsea menjuarai saingan Liga Europa musim ini.

Beliau berjaya menafikan dua sepakan penalti pemain Eintracht Frakfurt yang sekaligus membawa The Blues ke perlawanan akhir bagi bertemu Arsenal di Baku, Azerbaijan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!