FA England Sediakan Champagne Tanpa Alkohol Kepada Pemenang Piala FA Musim Ini

FA England mengumumkan bahawa mereka menyediakan champagne tanpa alkohol untuk keraian kejuaraan Piala FA pada bulan hadapan.

Langkah itu diambil selepas FA England mempertimbangkan beberapa perkara penting berpandukan senario bola sepak di negara tersebut.

Menghadiahkan champagne merupakan salah satu tradisi di dalam keraian bola sepak di England. FA England memutuskan untuk mengekalkan tradisi tersebut namun pada masa yang sama mengubahnya sedikit.

Ada sebahagian pemain tidak mengambil alkohol secara individu. Seterusnya, ada ramai pemain yang tidak mengambil alkohol kerana tegahan daripada agama – terutamanya mereka yang beragama Islam.

Dan pada masa yang sama, ada ramai pemain yang dianggap terlalu muda untuk meneguk air beralkohol itu.

Oleh itu pemenang Piala FA sama ada Man. City ataupun Watford akan pertama kalinya meraikan kejuaraan Piala FA mereka dengan champagne tanpa alkohol ini.

FA England dalam kenyataan mereka berkata: “Pemenang Piala FA akan dihadiahkan juga dengan champange tanpa alkohol dalam kesemua pertandingan di bawah anjuran FA England bermula di Piala FA tahun ini.”

“Ini bagi memastikan kita bersikap se-inklusif yang boleh kepada para pemain dan komuniti yang dilarang untuk meminum alkohol, dan juga kepada mana-mana pemain yang berusia di bawah 18 tahun.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN