Quantcast

BERITA

Unai Emery Mahukan Andre Gomes Untuk Gantikan Ramsey

Arsenal dilaporkan mahukan pemain tengah Barcelona yang dipinjamkan ke Everton, Andre Gomes untuk menyertai mereka pada musim hadapan.

Andre Gomes menunjukkan aksi cemerlang beliau ketika di Everton musim ini. Selain daripada Arsenal, jiran mereka Spurs juga berminat mahu mendapatkan pemain tersebut.

Pada awal bulan ini, Barcelona telah menyenaraikan Andre Gomes sebagai pemain dalam senarai jual. Barcelona meletakkan tanda harga €30 juta (£26 juta).

Marco Silva juga dalam usaha untuk meyakinkan pengurusan Everton untuk mendapatkan pemain itu secara tetap.

ESPN melaporkan Arsenal sudah mengikuti perkembangan Gomes sepanjang musim ini. Unai Emery antara pengurus yang sangat meminati gaya permainan andre Gomes. Beliau pernah menyenaraikan Gomes sebagai antara pemain yang beliau mahukan dalam perpindahan pertama di beliau sebagai pengurus Arsenal.

Namun ianya tidak berlaku kerana Everton sudah bertindak lebih awal dan polisi perpindahan pemain Arsenal yang sangat ketat.

Dengan pemergian Aaron Ramsey pada akhir musim ini, Unai Emery berharap Pengarah Operasi Bola Sepak Arsenal, Raul Sanllehi akan membantu beliau mendapatkan Gomes. Sebelum ini Raul Sanllehi menjadi orang penting dalam memujuk Andre Gomes memilih Barcelona – ketika itu Gomes dalam rundingan dengan Real Madrid.

Dalam perkembangan yang lain, Unai Emery masih percaya akan kemampuan Arsenal untuk mara ke UCL pada musim hadapan. Walaupun tewas di tangan Wolves 3-1 dalam perlawanan sebelum ini, Unai Emery masih belum menekan butang panik untuk persaingan 4 teratas.

Emery berkata: “Kita melepaskan kawalan ke atas peluang kita untuk 4 teratas. Dan kita juga boleh mendapatkan semula peluang ini.”

“4 teratas adalah sasaran kita. Ianya sasaran yang sangat sukar. Kita tewas 2 perlawanan berturut-turut. Namun kita masih ada peluang dengan baki 3 lagi perlawanan.”

“Secara umumnya, kita kecewa. Namun kita harus melihat secara keseluruhan musim ini. Kita harus perkemaskan diri sebaik mungkin untuk perlawanan menentang Leicester. Ia satu lagi perlawanan sukar dan kita berharap dapat mendapat sesuatu daripadanya.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!