Evan Dimas Dan Ilham Udin Batalkan Kontrak Dengan Selangor?

Kelibat 2 bintang Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armayn masih tidak kelihatan pada sesi latihan pasukan Selangor walaupun Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal memberi jaminan bahawa 2 pemain itu akan melaporkan diri pada 22 Disember (Jumaat).

Menurut laporan daripada media Indonesia, Indosport.com, Evan dan Ilham ketika ini masih berada di Indonesia walaupun mereka sepatutnya melapor diri untuk menjalani latihan dengan Selangor.

Laporan itu turut menyebut Evan dan Ilham kemungkinan tak jadi berhijrah ke Liga Malaysia dan akan membatalkan kontrak dengan Selangor FA.

Difahamkan larangan bermain di luar negara oleh Ketum (Presiden) PSSI, Edy Rahmayadi menyebabkan kedua-dua pemain itu masih belum berangkat ke Malaysia.

Agen pemain itu, Muly Munial menjelaskan isu perpindahan 2 pemain itu semakin rumit. Malah, beliau sendiri belum pasti bila kedua-dua pemain itu akan berlepas ke Malaysia.

“Situasi ketika ini agak rumit. Setakat ini, saya tidak boleh komen. Kita tunggu dulu saya akan beri penjelasan. InsyaAllah, mereka berdua akan berangkat ke Malaysia,” katanya kepada Indosport.com

Minggu lepas, perpindahan 2 tonggak skuad Indonesia Bawah 23 Tahun itu dikritik hebat oleh Ketua Umum PSSI (Presiden) Edy Rahmayadi yang melabelkan 2 pemain tu sebagai tidak patriotik dan mata duitan.

Edy Rahmayadi tidak mahu pemain Indonesia menyertai mana-mana pasukan Liga Malaysia kerana bimbang corak permainan tonggak skuad kebangsaan Indonesia mudah dibaca dan dikaji oleh jurulatih skuad kebangsaan Malaysia.

Evan Dimas dan Ilham Udin merupakan pemain utama skuad Indonesia bawah 23 Tahun yang dipersiapkan untuk menghadapi saingan Sukan Asia tahun depan.

Edy juga melahirkan kebimbangan kemungkinan pasukan Selangor tidak akan melepaskan pemain mereka ke latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia untuk menghadapi temasya itu.

Oleh kerana itu, PSSI menggesakan agar Evan dan Ilham membatalkan kontrak dengan pasukan Selangor bagi membolehkan pemain itu menyarung jersi pasukan Indonesia pada bila-bila masa walaupun di luar kalendar FIFA.

Presiden PSSI, Edy Rahmayadi mengkritik Evan Dimas dan Ilham Udin sebagai tidak patriotik dan mata duitan.

Sementara itu, pengendali pasukan Selangor, P. Maniam enggan mengulas mengenai larangan Presiden PSSI terhadap 2 pemain dari Indonesia itu.

“Ini soalan yang sukar untuk dijawab dan sangat sensitif. Lebih baik dapatkan kenyataan pengurus pasukan,” katanya.

Pengurus Selangor, Abdul Rauf Ahmad yang dihubungi oleh Sinar Harian semalam menafikan mengenai perkara tersebut.

Katanya, Evan dan Ilham masih akan bersama The Red Giants kerana sudah menandatangani kontrak bersama Selangor dan akan mula menjalani latihan dalam masa terdekat.

“Saya rasa larangan PSSI itu tidak akan menjejaskan apa-apa kerana kalau dari aspek profesional itu tidak menjadi sebarang isu besar.

“Insya-Allah mereka akan bersama kita untuk menjalani latihan dalam masa terdekat,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN