Southampton Pasrah Bakal Hilang Virgil van Dijk, Mahu Jual Dengan Harga Minimum £70 Juta

Southampton bersedia untuk menjual pertahanan tengah, Virgil van Dijk dalam jendela perpindahan musim sejuk bulan depan pada harga minimum £70 juta. Manchester City dan Liverpool dilaporkan berminat menurut laporan The Times.

Niat Southampton ini menjadi jelas selepas pertahanan tengah Belanda itu sekali lagi diketepikan daripada skuad 18 pemain Southampton yang bergelut untuk seri 1-1 dengan Huddersfield dan tewas 2-5 kepada Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Persembahan Southampton baru-baru ini mengundang kritikan penyokong mereka dengan pengurus, Mauricio Pellegrino bergelut untuk memulihkan prestasi The Saints yang baru menang sekali dalam 11 perlawanan terakhir mereka.

26th December 2017, Wembley Stadium, London England; EPL Premier League football, Tottenham Hotspur versus Southampton; A dejected Southampton Manager Mauricio Pellegrino (Photo by Shaun Brooks/Action Plus via Getty Images)

Keputusan Pellegrino untuk mengenepikan van Dijk ketika menentang Huddersfield mungkin boleh difahami.

Tetapi apabila anda mengenepikan pertahanan tengah terbaik anda menentang jentera serangan Tottenham Hotspur, ia adalah petanda terbesar Pellegrino merasakan hati van Dijk tidak berada di Southampton lagi.

Ketika diminta menjelaskan keputusannya menggugurkan van Dijk kepada media, Pellegrino berkata, “Saya perlu membuat keputusan terbaik untuk pasukan berdasarkan spekulasi yang sedang meliar [tentang masa depan van Dijk].”

“Kami menang, seri dan kalah tanpa Virgil. Saya mempunyai kepercayaan terhadap pemain-pemain sedia ada. Kami tidak boleh terus memberikan alasan. Kami perlu tunggu sehingga Januari. Saya tak boleh kawal pasaran dan kkita tengok sahajalah nanti.”

Manchester City dilaporkan berminat dengan van Dijk yang menjadi buruan Liverpool sepanjang jendela perpindahan musim panas lepas – sehingga menyebabkan Southampton mengugut untuk melaporkan pendekatan tidak sah Liverpool kepada England FA untuk membeli pertahanan berusia 26 tahun tersebut.

Liverpool kemudiannya membuat kenyataan permohonan maaf kepada Southampton dan seterusnya menggugurkan minat mereka untuk terus memancing van Dijk.

LIVERPOOL, ENGLAND – NOVEMBER 18: Roberto Firmino of Liverpool and Virgil van Dijk of Southampton compete for the ball during the Premier League match between Liverpool and Southampton at Anfield on November 18, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Ketika musim panas lepas, Southampton tegas dengan pendirian mereka untuk tidak menjual van Dijk disebalik kesediaan Liverpool untuk membayar sehingga £70 juta.

Bagaimanapun sejak The Saints menghalang perpindahan idaman van Dijk, beliau mengalami penurunan prestasi yang ketara.

Dengan Southampton yang kini hanya menduduki tangga ke-14 liga, 2 mata di atas zon penyingkiran, Pellegrino mungkin akan dipecat berikutan rasa tidak puas hati penyokong terhadap prestasi semasa pasukan mereka.

Sebagai rekod, Pellegrino baru 6 bulan bertugas sebagai pengurus Southampton selepas dipilih menggantikan mantan Claude Puel yang dipecat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN