EURO B-21: Poland Langkah Kiri, England Terikat Dengan Sweden

Saingan EURO Bawah-21 edisi 2017 sudah pun bermula. Perlawanan Kumpulan A diadakan pada malam tadi. England bertemu Sweden di Kielce.

Tuan rumah pula, Poland bertemu Slovakia di Lublin

Sweden 0-0 England

England menurunkan Tammy Abraham (Chelsea), Jamie Ward-Prose (Southampton) sebagai tunjang pasukan. Jordan Pickford membuktikan nilai 30 juta pound itu berbaloi apabila menyelamatkan penalti Linus Wahlqvist.

Tiada sebarang skor dibuat sepanjang perlawanan berlangsung.

Poland 1-2 Slovakia

Gol selepas 53 saat sepak mula oleh Patryk Lipski tidak dapat menjadi bekalan selesa tuan rumah. Slovakia mengasak gawang Poland sehinggalah mendapat gol penyamaan pada minit ke-20 oleh Martin Valjent.

Pemain Slovakia, Pavol Safranko meraikan gol kemenangan. Sumber: UEFA.

Poland melepaskan gol kedua Slovakia pada minit ke-78 oleh Pavol Safranko. Pavol merupakan pemain gantian yang dimasukkan kira-kira 5 minit sebelum itu. Super-sub!

Carta Kumpulan A

Slovakia mendahului carta Kumpulan A, diikuti Sweden dan England masing-masing berkongsi 1 mata.

England akan berhadapan Slovakia manakala Poland akan menentang Sweden untuk perlawanan kedua Kumpulan A.

Perlawanan hari ini 

Dalam saingan pembukaan Kumpulan B, Portugal akan menentang Serbia. Manakala Macedonia yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini akan berhadapan Sepanyol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN