Kecoh Apabila Undian EFL Carabao Cup Ada 2 Charlton Athletic

Amat jarang sekali undian sesebuah piala berlakunya kesilapan. Tetapi perkara yang berlaku di Bangkok, Thailand semalam amatlah memalukan.

Akhbar Britain, Daily Mirror memaklumkan Charlton Athletic muncul dua kali dalam undian pusingan pertama. Para penonton di rumah terkejut dengan keputusan undian itu.

Nama Charlton terpapar dua kali selepas undian dijalankan. Sumber: Daily Mirror.

Malah penyokong Addicks sudah pasti keliru, sama ada akan ke The Valley untuk menentang Cheltenham. Atau mereka akan beramai-ramai ke Exeter City untuk perlawanan di tempat lawan.

Sempat dibetulkan

Undian kali ini menyaksikan kelab-kelab ini diasingkan zon Utara dan Selatan. Kesilapan memalukan itu sempat dibetulkan.

Akhirnya, penyokong Addicks sudah pasti berkira-kira untuk memperuntukkan wang ke Exeter!

Jenaka

Seorang pengguna Twitter sempat mengejek kesilapan itu. Berikut jenaka yang dimuat naik ke laman mikroblog itu.

Tweet itu menerima 400 lebih Retweet. Agaknya apalah difikiran oleh pengurusan EFL sewaktu menulis dua kali nama Charlton ini?

Berikut merupakan undian penuh EFL Cup pusingan pertama.

Kejadian seperti ini perlu diambil serius agar tiada kesilapan dibuat. Penulis pasti latihan simulasi undian sudah diadakan sebelum undian sebenar.

Harapnya akan datang tiada lagi kesilapan memalukan seperti ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN