The Spheriks: Animasi Bola Sepak Yang Sudah Dilupakan

Anda masih ingat kartun ini yang disiarkan menjelang Piala Dunia 2002? Kartun ini disiarkan di salah satu saluran televisyen tempatan pada ketika itu.

Ya, The Spheriks.

Sinopsis

Ato, Nik dan Kaz. Sumber: Pinterest.

Ia mengisahkan pertemuan klasik antara Athmospheriks dan Nulmospheriks yang bermain dalam sukan Spherikball di sebuah planet. Spherikball merupakan sukan yang mirip kepada bola sepak di planet Bumi.

Berbeza dengan bola sepak di planet Bumi, Spherikball membenarkan penggunaan ‘hotspots’ di mana pasukan yang diberi kawalan itu boleh tranportasi pemain secara di bawah gelanggang!

Athmosperiks mengenakan jersi warna kuning. Manakala seterunya, Nulmospheriks mengenakan warna biru kehijauan.

Main kotor

Roth, jurulatih yang jahat dan kasar. Sumber: Google.

Bagi pembinaan plot kartun ini, Nulmospheriks telah diberikan watak sebagai pasukan yang bermain secara kasar dan kotor. Watak Roth yang menjadi jurulatih memberi pengaruh kepada pasukan ini.

Pasti anda yang menonton ia cukup meluat dengan aksi pasukan ini.

Berbeza dengan Athmosperiks yang dikendalikan oleh Ato. Nik dan Kaz antara pemain pasukan tersebut. Falsafah pasukan mereka ialah bermain secara baik dan bersih.

Uniknya, setiap pasukan mempunyai pemain wanita. Berbeza bukan dengan bola sepak sebenar?

Tema permainan baik dan bersih diangkat menjadi fokus dalam animasi ini. Ia secara tidak langsung mendidik penonton bahawa permainan kotor dan kasar tidak diterima dalam sukan nombor 1 di dunia ini.

Di sebalik tabir

Menurut FIFA, Slave Studios dan Passion Entertainment berpangkalan di London, Britain telah menerbitkan animasi ini. Mereka bekerjasama dengan Furry Creatures di Romania.

Peter Bishop merupakan pengarah di samping Alex Williams dan Bob Baker pula menjadi penulis. HHCL & Partners pula bertindak sebagai konsultan kreatif untuk FIFA.

Sedikit bingkisan

Berikut merupakan sedikit bingkisan yang telah dimuat naik di laman YouTube. Pasti anda rindukan aksi The Spheriks! Selamat menonton.

Leave a Reply