Saingan EURO Bawah-21 edisi 2017 sudah pun bermula. Perlawanan Kumpulan A diadakan pada malam tadi. England bertemu Sweden di Kielce.
Tuan rumah pula, Poland bertemu Slovakia di Lublin
Sweden 0-0 England
England menurunkan Tammy Abraham (Chelsea), Jamie Ward-Prose (Southampton) sebagai tunjang pasukan. Jordan Pickford membuktikan nilai 30 juta pound itu berbaloi apabila menyelamatkan penalti Linus Wahlqvist.
Tiada sebarang skor dibuat sepanjang perlawanan berlangsung.
Poland 1-2 Slovakia
Gol selepas 53 saat sepak mula oleh Patryk Lipski tidak dapat menjadi bekalan selesa tuan rumah. Slovakia mengasak gawang Poland sehinggalah mendapat gol penyamaan pada minit ke-20 oleh Martin Valjent.
Poland melepaskan gol kedua Slovakia pada minit ke-78 oleh Pavol Safranko. Pavol merupakan pemain gantian yang dimasukkan kira-kira 5 minit sebelum itu. Super-sub!
Carta Kumpulan A
Slovakia mendahului carta Kumpulan A, diikuti Sweden dan England masing-masing berkongsi 1 mata.
England akan berhadapan Slovakia manakala Poland akan menentang Sweden untuk perlawanan kedua Kumpulan A.
Perlawanan hari ini
Dalam saingan pembukaan Kumpulan B, Portugal akan menentang Serbia. Manakala Macedonia yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini akan berhadapan Sepanyol.